Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Awal Ramadan, tarikh mula berpuasa di bulan Ramadhan tahun 2020 bersamaan 1442 hijrah bagi Malaysia dijangka pada 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadan 1442.
Berdasarkan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021 / 1442 - 1443H Bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan 1 Ramadan 1442 adalah bersamaan 13 April 2021.
TARIKH MULA PUASA RAMADAN 2021 DI MALAYSIA
Tarikh mula berpuasa Ramadhan tahun 2021 bagaimanapun tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad yang akan diisytiharkan pada malam mencerap anak bulan Ramadan pada 12 April 2021 bersamaan 29 Syaaban 1442H.
TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2021 / 1442~1443H BAGI MALAYSIA
Berikut adalah Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021 / 1442-1443H Bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
SENARAI TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2021 / 1442-1443H MALAYSIA | ||
| Tarikh Hijri (1442) | Tarikh Miladi (2021) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
| 27 Rejab | 11 Mac | Israk dan Mikraj |
1 Ramadhan* | 13 April | Awal Ramadhan / Berpuasa |
| 17 Ramadhan | 29 April | Nuzul Al-Quran |
| 1 Syawal* | 13 Mei | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
| 1 Zulhijjah | 11 Julai | Awal Zulhijjah |
| 10 Zulhijjah* | 20 Julai | Hari Raya Korban / Aidiladha |
| 1 Muharam 1443 | 10 Ogos | Awal Muharam / Maal Hijrah |
| 12 Rabiuawal 1443 | 19 Oktober | Maulidur Rasul |
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa bagi umat Islam. Ianya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah Ia berpuasa bulan itu: dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: Ayat 185).
Dalam ayat al-Qur’an ini, Allah SWT menyebut dua keistimewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan:
1. Diturunkannya al-Qur’an di dalam bulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia dari kegelapan menuju cahaya. Dengan kitab ini, Allah SWT memperlihatkan kepada mereka kebenaran (al-haq) dari kebatilan. Kitab yang di dalamnya terkandung kemaslahatan (kebaikan) dan kebahagiaan (kemenangan) bagi umat manusia, serta keselamatan di dunia dan di akhirat.
2. Diwajibkannya berpuasa di bulan tersebut kepada umat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana perintah Allah SWT dalam firman-Nya (yang bermaksud):
“….. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu….” (Surah al-Baqarah: 185).
Dalam bulan Ramadhan ini, Allah SWT menurunkan rahmat-Nya dengan pahala yang berganda, hidayah dan keampunanNya. Ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan ini umat Islam dituntut berpuasa dan juga menunaikan solat tarawih. Selain itu, Allah SWT memberi peringatan kepada umat Islam, bahawa pada bulan inilah terdapatnya Lailatul Qadar, memperbanyakkan membaca alQur’an, membayar zakat fitrah dan diakhiri dengan sambutan Aidilfitri.
Bulan Ramadhan juga disebut sebagai “Syahrul at-Tarbiyah” atau “Bulan Pendidikan”, di mana kita boleh menjaga kesihatan tubuh kita dengan memberikan kerehatan kepada perut untuk sementara waktu.
|
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan Seluruh Negeri |
Pengisytiharan Penetapan Awal Puasa Ramadhan Tahun ini |
Buku Panduan JAKIM | Cara Solat Sunat Tarawih |
