Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir (Sanah Helwah)

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Ucapan Selamat Hari Lahir atau Hari Jadi (Sanah Helwah) merupakan satu ucapan dan doa ke atas seseorang bersempena dengan hari ulang tahun mereka. Ia merupakan satu amalan yang baik bertujuan mendoakan orang lain dengan ucapan yang baik.

Ia boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja ahli keluarga atau kenalan rapat anda seperti ibu, ayah, kakak, abang, rakan-rakan dan ramai lagi.

Mengikut kebiasaan, setiap kali sambutan hari lahir akan diadakan majlis bagi meraikan hari ulang tahun (Happy Birthday). Majlis sambutan ulang tahun bergantung kepada bajet seseorang. Kebiasaanya disambut secara sederhana bersama kenalan rapat. Ia bertujuan sebagai tanda syukur kerana dipanjangkan usia.

Selain daripada sambutan dan pemberian hadiah, masyarakat juga akan mengucapkan selamat hari lahir berserta dengan doa-doa yang baik sebagai tanda memperingati hari kelahiran seseorang.

Ucapan boleh disampaikan melalui applikasi whatsapp atau di mana-mana media sosial atau boleh juga dinukilkan di kad ucapan.

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR ATAU HARI JADI YANG RINGKAS & MENARIK

Berikut dikongsikan koleksi ucapan selamat hari lahir yang boleh digunakan untuk diberikan kepada rakan, keluarga atau orang terdekat ketika hari ulang tahun mereka:

Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir (Sanah Helwah)
Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir (Sanah Helwah)

Di antara ucapan Selamat Hari Lahir/ Hari Jadi atau Sanah Helwah ditujukan buat sesorang adalah seperti berikut :-

 KOLEKSI UCAPAN SELAMAT HARI JADI/ HAPPY BIRTHDAY

SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan
Sanah Helwah.
Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, 

dikurniakan keberkatan dalam gandaan umur yang diberi Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki. Amin Ya Allah.
Sanah Helwah!
Semoga beroleh ketenangan
kasih sayang
keberkatan dan belas kasihan
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Waktu berjalan tiada henti..Mengiringi bulan dan juga mentari,yang terbit setiap hari..Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari ..Hingga saat ini..Selamat hari jadi !!
Sanah Helwah untuk ayahanda tercinta. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Amin
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin
Sanah helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga di hari bahagia ini,Allah SWT sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA untuk Sahabat sahabat ….Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..
Sanah Helwah untuk ayahanda. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah.

Related : terima kasih kerana, hari lahir untuk, happy birthday to, terbaik untukku, selamat ulang tahun, hari yang istimewa, dunia dan akhirat