Takwim Hijrah atau dalam Bahasa Arab, at-taqwīm al-hijrī yang juga dikenali sebagai tahun Hijriah adalah takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam. Takwim ini bermula dari tahun 622 Masihi dan fungsinya adalah untuk menentukan atau mengenalpasti hari kebesaran Islam.
Tahun pertama Rasulullah SAW berhijrah ditetapkan sebagai tahun pertama kalendar Hijrah iaitu 1 Hijrah (1H). Pada tahun itu, Nabi Muhammad SAW dan para pengikut baginda berpindah dari Mekah ke Yathrib (kini Madinah). Peristiwa ini, yang dikenali sebagai Hijrah, diperingati dalam Islam disebabkan peranannya dalam penubuhan masyarakat Islam pertama.
Berpandukan kalendar Hijrah, tarikh-tarikh penting seperti puasa, perayaan Aidilfitri, Aildiladha dan lain-lain dapat dikenalpasti terlebih dahulu sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dapat membuat pengisytiharan dengan tepat.
Penggunaan Kalendar Tahun Hijrah/Hijriah adalah hasil ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Ia merupakan rentetan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zaman beliau. Sehingga kini kalendar tersebut digunapakai oleh umat Islam seluruh dunia. Buat yang berminat, berikut dikongsikan Kalendar Islam Malaysia 2022 Dan Tarikh Penting 1443-1444H untuk rujukan.
Kalendar Islam Malaysia 2022 Dan Tarikh Penting Hari Kebesaran/Perayaan 1443-1444H
Berikut dikongsikan senarai perincian bagi Kalendar Islam termasuk tarikh-tarikh penting iaitu Hari Perayaan dan Kebesaran dalam Islam di Malaysia untuk tahun 1443H-1444H (Hijrah) bersamaan 2022M (Masihi). Sumber adalah daripada Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kalendar Islam 1443 – 1444H
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari |
1 Jamadilawal 1443 | 6 Disember 2021 | Isnin |
1 Jamadilakhir 1443 | 4 Januari 2022 | Selasa |
1 Rejab 1443 | 3 Februari 2022 | Khamis |
1 Syaaban 1443 | 4 Mac 2022 | Jumaat |
1 Ramadan 1443 | 3 April 2022 | Ahad |
1 Syawal 1443 | 2 Mei 2022 | Isnin |
1 Zulkaedah 1443 | 1 Jun 2022 | Rabu |
1 Zulhijjah 1443 | 1 Julai 2022 | Jumaat |
1 Muharram 1444 | 30 Julai 2022 | Sabtu |
1 Safar 1444 | 29 Ogos 2022 | Isnin |
1 Rabiulawal 1444 | 28 September 2022 | Rabu |
1 Rabiulakhir 1444 | 27 Oktober 2022 | Khamis |
1 Jamadilawal 1444 | 26 November 2022 | Sabtu |
Tarikh-Tarikh Penting Tahun 2022 / 1443 – 1444H
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari Perayaan/Kebesaran Islam |
27 Rejab 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
15 Syaaban 1443 | 18 Mac 2022 | Nisfu Syaaban |
1 Ramadhan 1443* | 3 April 2022 | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan 1443 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1443* | 2 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
1 Zulhijjah 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1443* | 10 Julai 2022 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Takwim 2022 Miladiah/ 1443-1444 Hijriah
Di bawah adalah takwim Miladiah yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi panduan semua umat Islam.
Related : bulan islam tarikh penting dalam islam 1442-1443 hijrah dikira berdasarkan kalendar hijriah umat islam di malaysia takwim islam bulan mengelilingi bumi bulan muharram takwim hijri, hari raya aidiladha, 12 bulan