Pengisytiharan penetapan hari mula puasa Ramadhan tahun ini 2024-1445H

Berdasarkan rujukan GCarian terhadap kalendar Masihi dan Hijrah serta tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2024M/1445H bagi Malaysia, awal Ramadan tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadan 1445 Hijrah.

Bagaimanapun tarikh muktamad bergantung kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang akan diisytiharkan pada tarikh program mencerap anak bulan Ramadan.

Seperti biasa bermula pada tarikh itu umat Islam di seluruh dunia termasuk di negara ini akan mula melaksanakan ibadah puasa selama sebulan.

Ibadah puasa sepanjang Ramadan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam, lelaki dan perempuan, dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan syariat.

Maklumat Pengisytiharan Rasmi Puasa Ramadhan Tahun Ini 2024M/1445H

Kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Berikut merupakan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi permulaan puasa bulan Ramadhan tahun ini (2024/1445) di Malaysia yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Program Mencerap Anak Bulan Ramadhan Tahun Ini 2024M-1445H

Tarikh : 10 Mac 2024

Waktu : Lewat Petang

Tarikh Penetapan Awal Puasa Ramadhan Tahun Ini | 2024M-1445H

Awal Ramadan : 12 Mac 2024/1 Ramadan 1445

Waktu : 8 Malam

Tarikh yang adalah berdasarkan Kalendar Islam (Hijrah). Tarikh awal puasa akan dimuktamadkan selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Laporan/Berita Rasmi Pengisytiharan Puasa Ramadhan Tahun Ini 2024M-1445H

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadhan pada hari Selasa, 12 Mac 2024M bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445 Hijrah.

Melalui pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 12 Mac 2024 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Penetapan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah serta Hisab

Info Berkaitan