Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test (Lesen Memandu)

Selain untuk menyumbang kepada ekonomi negara, penghasilan kenderaan bermotor yang semakin hari semakin banyak juga merupakan hasil daripada pertumbuhan populasi negara yang semakin meningkat. Semakin ramai bilangan warganegara Malaysia, maka semakin banyaklah kenderaan bermotor yang akan memenuhi jalanraya sehari-hari.

Hal ini kerana kenderaan peribadi merupakan antara keperluan setiap individu pada masa kini. Bukan untuk bermewah-mewah, tetapi sekadar mencapai tujuan untuk tiba ke sesuatu destinasi pilihan itu dengan selesa dan selamat.

Namun begitu, bagi yang ingin memandu atau membawa kenderaan bermotor seperti kereta dan motosikal di atas jalanraya, anda hendaklah memiliki lesen memandu sendiri. Dan lesen ini dapat diperoleh dengan menduduki ujian kenderaan bermotor Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memastikan bahawa bakal-bakal pemandu memenuhi segala syarat dan kelayakan yang ditetapkan serta mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi tentang undang-undang dan perihal pemanduan kenderaan di atas jalanraya.

Setelah menghadiri kelas amali, calon perlu menduduki Ujian Komputer Lesen Memandu atau juga dikenali sebagai Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) daripada JPJ.

Ujian ini penting kerana anda akan mendapat lesen L sekiranya lulus. Calon akan diuji menerusi beberapa aspek. Antaranya adalah berkaitan papan tanda, sistem kejara, undang-undang dan sebagainya.

Percuma Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ KPP Test

Seperti mana-mana peperiksaan atau ujian lain, sebelum mendudukinya sebaiknya kita membuat persediaan yang rapi dahulu. Apa lagi bentuk persediaan yang lebih baik jika bukan merujuk dan membuat latihan berdasarkan contoh-contoh soalan yang sering ditanya?

Dengan itu, berikut kami kongsikan contoh soalan ujian komputer lesen memandu sebagai panduan buat semua.

Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu

Buku Latihan Ujian Undang-Undang Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) di bawah mengandungi 500 contoh soalan dan jawapan yang boleh digunakan sebagai latihan sebelum menduduki ujian sebenar nanti.

Ujian Buta Warna

Contoh Soalan Ujian Buta Warna:

  1. Calon diberi masa 15 minit sahaja untuk menjawab.
  2. Terdapat 8 soalan dalam ujian tersebut.
  3. Calon dinasihatkan agar menetapkan jarak penglihatan sejauh 75cm dari skrin untuk memperoleh visual imej yang baik.
  4. Calon perlu lulus Ujian Buta Warna sebagai pra-syarat untuk menduduki Ujian Memandu yang seterusnya.
  5. Sekiranya calon tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul, maka calon dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan tindakan lanjut.

Ujian Huruf, Nombor Dan Warna

Contoh Soalan Ujian Huruf, Nombor Dan Warna:

  1. Soalan-soalan ini termasuk dalam  bahagian Ujian Buta Warna.
  2. Ia merangkumi soalan yang memerlukan calon untuk mengecam nombor plat kenderaan dan mengecam warna yang diberikan.
  3. Sekiranya calon tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul, maka calon dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan tindakan lanjut.

Ujian KPP Bahagian A, B, C

Maklumat Ujian Teori KPP adalah seperti berikut:

  1. Terdapat 50 soalan di bahagian ini.
  2. Soalan-soalan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
    • Bahagian A – 15 soalan
    • Bahagian B – 25 soalan
    • Bahagian C – 10 soalan
  3. Setiap soalan menyediakan tiga (3) pilihan jawapan yang mana calon perlu menjawab satu (1) jawapan sahaja.
  4. Calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 42 soalan dengan betul untuk lulus dalam ujian KPP.
  5. SeCalon yang lulus akan memperoleh lesen L.

Bahagian A: 1. Tujuan Bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang tanda simbol / papan tanda jalan raya

Ujian KPP Bahagian A

Contoh Soalan Ujian KPP Bahagian A:

  1. Terdapat 15 soalan di Bahagian A. 
  2. Soalan-soalan ini menguji kefahaman calon tentang simbol dan papan tanda di jalanraya.

Ujian KPP Bahagian B

Contoh Soalan Ujian KPP Bahagian B:

  1. Terdapat 25 soalan di Bahagian B. 
  2. Untuk menjawab soalan-soalan ini, calon perlu mempunyai kefahaman tentang peraturan jalanraya.

Ujian KPP Bahagian C

Contoh Soalan Ujian KPP Bahagian C:

  1. Terdapat 10 soalan di Bahagian C.
  2. Soalan-soalan di bahagian ini pula menguji kefahaman calon tentang undang-undang, jalanraya, serta soalan kejara.