Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif untuk membaiki rumah mereka. Kebanyakkan mereka sudah terlalu uzur dan tua, rumah yang didiami mereka dibina pada tahun 1960-an dahulu yang diperbuat daripada kayu dan ada yang tiada bekalan air dan elektrik. Program ini telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1995 namun dilaksanakan sekarang.
Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal. Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis.
Bantuan PPRT ini mestilah berada di luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh kerajaan. Permohonan yang sudah lengkap akan dikemukakan kepada Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) untuk dipertimbangkan kemudian disahkan. Pelaksanaan akan dilaksanakan mengikut kewangan semasa. Namun kerajaan akan berusaha untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama golongan sasar yang telah digariskan.
BORANG PERMOHONAN PPRT - PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan PPRT untuk panduan pemohon. Turut dikongsikan adalah kumpulan sasar yang layak menerima bantuan PPRT dan lain-lain maklumat berkaitan:
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) | ||||||
| Sila layari pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan PPRT: | ||||||
BORANG PERMOHONAN PPRT | ||||||
KUMPULAN SASAR LAYAK MOHON PPRT |
| Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) namun keutamaan akan diberikan kepada kumpulan sasar: |
SKOP BANTUAN PPRT |
| Kawasan liputan PPRT mestilah luar bandar atau kawasan yang telah diputuskan kerajaan. Skop bantuan adalah seperti berikut: |
KAEDAH PELAKSANAAN |
MAKLUMAT LANJUT |
| Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat dengan melayari pautan berikut: |
Laman Sesawang Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar |
Laman Facebook Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar |
