Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan KPM 2024 Online

Permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan sesi 2024 akan dibuka kepada semua pelajar tahun 6 yang berkelayakan dan telah menduduki peperiksaan UPSR 2020 serta berminat untuk menyambung pelajaran mereka ke Tingkatan 1 di Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kepada mereka yang masih tidak tahu, sekolah kawalan merupakan sekolah-sekolah yang diwujudkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Konsep utama sekolah kawalan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan dan memantapkan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada lebih baik dan seterusnya ke tahap yang cemerlang.

Ini juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu pendidikan di negara ini bagi menandingi dan setara dengan mutu pendidikan negara maju yang lain seperti negara Jepun.

Menerusi Kenyataan Media, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus ambilan tahun 2021 dan tahun-tahun seterusnya

Sekolah khusus tersebut termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD)

Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat

Permohonan Sekolah Kawalan 2024 Secara Online Kemasukan Ke KAA KRK SABK SMKA

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan sesi 2024 bagi memudahkan para pemohon. Maklumat akan dikemaskini. Terdapat juga beberapa info lain yang berguna untuk pemohon seperti jadual di bawah:

Tarikh Permohonan Kemasukan SMKA Tahun 2024

Dibuka : 1 Ogos 2023

Ditutup : 17 September 2023

Tarikh yang tepat permohonan dibuka telah dimaklumkan melalui portal rasmi KPM di pautan www.moe.gov.my

Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan SMKA Tahun 2024

Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut:

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my

Sistem permohonan hanya akan dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Jenis – Jenis Sekolah Kawalan

Berikut merupakan antara jenis-jenis Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

  • Kelas Kawalan/Kelas Premier
  • Sekolah Kawalan/Sekolah Rancangan Khas (SRK)/Sekolah Elit/Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  • Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/Sekolah Premier
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Kelas Aliran Agama (KAA)

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Kawalan Ambilan Tahun 2024

Dibuka : –

Ditutup : –

Tarikh adalah berbeza-beza bagi setiap negeri justeru pemohon perlu merujuk Jabatan Pendidikan Negeri untuk tarikh yang tepat

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan

I) Bermula ambilan 2018, tiada lagi permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan KPM secara online melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) di pautan URLi https://public.moe.gov.my/

II) Ibu bapa atau penjaga murid boleh membuat permohonan melalui borang permohonan manual KRK001 edaran sekolah masing-masing atau Jabatan Pendidikan Negeri. Calon dikehendaki membuat pilihan aliran sekolah dan menyerahkan borang yang telah diidi kepada guru kelas masing-masing. Tarikh borang diedarkan bergantung pada sekolah masing-masing sekitar bulan September

III) Calon perlu melengkapkan pencapaian kokorikulum, prestasi akademik dan lengkapkan pilihan permohonan. Maklumat asas pelajar akan diambil daripada pangkalan data murid.

IV) Pelajar yang tidak mengembalikan borang dianggap tidak berminat

Maklumat Sekolah Kawalan Mengikut Negeri

Sebarang info lain yang berkaitan dengan Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh layari pautan berikut beserta pautan Sekolah Kawalan mengikut negeri:

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Negeri Sembilan
Sabah
Sarawak
Labuan
Perlis
Pulau Pinang
Kedah
Kelantan
Melaka