Nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan adalah nombor yang perlu dipamerkan setiap kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang bertugas ke atas kawalan dan pengeluaran lesen ini. Bagi sesetengah individu yang berhasrat untuk membeli atau menempah nombor plat kenderaan, urusan boleh dilakukan menerusi Sistem Transaksi atas talian mySIKAP.
Orang ramai boleh mengetahui nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk setiap negeri mengikut abjad dengan membuat semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Sistem Aplikasi Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Tahun Terkini akan memaparkan abjad dan permulaan nombor terkini mengikut negeri. Senarai nombor plat yang dikongsikan adalah setakan 6 Januari 2020 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Cara Membuat Semakan No Pendaftaran (No Plate) Kenderaan Terkini Mengikut Negeri
Semakan adalah mudah dan percuma. Penerangan cara membuat semakan senarai nombor plat pendaftaran kenderaan terkini JPJ adalah seperti berikut:
Check Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini (JPJ)
I) Sila layari laman sistem Aplikasi Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), klik pada judul pautan di bawah.
II) Pilih Kawasan/Negeri
III) Masukkan Kod Sekuriti dan klik Semak
IV) Seterusnya Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini akan dipaparkan mengikut negeri dan kawasan seperti di bawah.
Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini (JPJ) Mengikut Negeri/ Kawasan
| Johor (JTV 1918) | Kedah (KEU 5748) | Langkawi (KV 2572E) |
| Kelantan (DDQ 7803) | Melaka (MDF 4585) | Negeri Sembilan (NDM 9261) |
| Pahang (CEE 9281) | Pulai Pinang (PPE 8071) | Perak (ALM 9749) |
| Perlis (RAE 1719) | Selangor (BQC 4925) | Terengganu (TCD 5910) |
| Kota Kinabalu (SYE 4867) | Sandakan (SMB 4955) | Tawau (SWA 8596) |
| Beaufort (SB 8454D) | Keningau (SU 2132F) | Lahad Datu (SD 5194P) |
| Kuching (QAA 3342Y) | Sibu (QS 1705L) | Miri (QM 9742F) |
| Sri Aman (QBD 7961) | Sarikei (QRM 6075) | Bintulu (QTS 2631) |
| Limbang (QLC 4214) | Kota Samarahan (QCK 971) | Kapit (QPB 4240) |
| Mukah | Betong | Lawas |
| WP Kuala Lumpur (VEF 7956) | WP Labuan (LG 3653) |
Huruf Awal Nombor Plat Kenderaan
Berikut dikongsikan huruf awal nombor plat kenderaan mengikut negeri:
| HURUF AWAL | NEGERI |
| A | Perak |
| B | Selangor |
| C | Pahang |
| D | Kelantan (D diperuntukkan selepas Kelantan dan Terengganu berpisah daripada perkongsian plat T - Timur) |
| E | Sabah (sebelum 1980-an) |
| F | Putrajaya (mulai Jun 2016) |
| G | Gagasan 1Malaysia |
| H | Teksi (diikuti huruf negeri) |
| J | Johor |
| K | Kedah |
| KV | Langkawi |
| L | Labuan |
| M | Melaka |
| N | Negeri Sembilan |
| P | Pulau Pinang |
| Q | Sarawak |
| R | Perlis |
| S | Sabah (ditukar daripada E) |
| T | Terengganu (sebelum ini berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur)) |
| V | Kuala Lumpur (siri kedua; bermula Julai 2016) |
| W | Kuala Lumpur (siri pertama) |
| Z | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) |
Related : tempahan nombor pendaftaran secara tempahan no syarikat pertubuhan koperasi badan koperasi badan profesional agensi terkini online borang tempahan nombor pendaftaran nombor pendaftaran secara tawaran perniagaan syarikat pertubuhan koperasi jpj latest profesional agensi kerajaan pihak individu perniagaan syarikat pertubuhan layak untuk mendaftar kenderaan badan profesional agensi kerajaan pemohon yang tidak berjaya,
