Harga lesen motor kereta terkini kadar bayaran belajar lesen memandu 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.

Bagaimanapun, masih terdapat perbezaan harga membabitkan pengusaha sekolah / institut memandu di seluruh negeri. Harga siling bermaksud ianya memastikan pengguna dapat menikmati harga perkhidmatan atau barangan pada kadar yang munasabah.

Sebagai makluman, harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM350, manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.

Menerusi tinjauan harga di Institut Memandu, GCarian mendapati perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada ditetapkan adalah disebabkan beberapa caj tambahan terdapat dalam pakej perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut atau sekolah memandu terbabit.

Sebagai contoh, seperti kos operasi, sewa kenderaan, minyak, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang terbaik selain diambil kira dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skim gaji minimum.

Harga Semasa Terkini Bayaran Belajar Memandu Bagi Mendapatkan Lesen Kereta Atau Motosikal Tahun 20234

Oleh kerana terdapat perbezaan kadar bayaran belajar memandu di Institut Memandu di kawasan seluruh negeri. GCarian hanya dapat memberi maklumat anggaran kadar harga sahaja melalui tinjauan harga lesen memandu (contohnya ambil Lesen P, Lesen L) yang dibuat bagi tahun 2023.

Anggaran harga lesen belajar memandu yang dinyatakan masih munasabah meskipun berbeza daripada harga siling yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

GCarian yakin, anggaran harga ini dapat membantu anda memilih institut memandu yang mengenakan Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan bagi mendapatkan lesen memandu kereta atau motosikal (memiliki lesen) pada harga berpatutan iairu sekurang-kurangnya selaras dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta

KelasKategori
B2Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc
BLesen motosikal melebihi 500 cc
DLesen kereta transmisi manual
DALesen kereta transmisi automatik

Harga Siling Dan Anggaran Harga Lesen Motor Kereta Bayaran Belajar Memandu

Harga SilingB2Anggaran Harga
350Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc500
Harga Siling
BAnggaran Harga
900Lesen Motosikal Melebihi 500 cc1,050

Harga Siling Dan Anggaran Harga Bayaran Belajar Memandu Lesen Kereta

Harga SilingDAnggaran Harga
1,150Lesen Kereta Transmisi Manual1,250
Harga Siling
DAAnggaran Harga
1,250Lesen Kereta Transmisi Automatik1,450

  • Harga Siling
    • Harga siling adalah harga Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Anggaran Harga
    • Anggaran harga adalah maklumat lingkungan harga munasabah sekiranya Institut Memandu mengenakan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan lebih tinggi daripada harga siling yang dinyatakan. Sekiranya harga yang dikenakan lebih tinggi daripada anggaran harga yang dinyatakan, lebih baik anda membuat tinjauan di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah.

Harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di seluruh negeri telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.

Kebiasannya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincikan pihak institusi berkenaan. 2019 at

Had Umur Kelayakan Belajar Dapatkan Lesen Memandu

LesenUmur
Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc16 tahun dan ke atas
Lesen motosikal melebihi 500 cc16 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi manual17 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi automatik17 tahun dan ke atas

Related : harga lesen memandu kereta ambil lesen untuk mengambil lesen layak untuk mengambil harga lesen memandu terkini kereta dan motosikal mengambil lesen memandu ujian tanpa penguji kadar bayaran tahun 2021 kadar harga memandu wajib cara mengambil lesen lesen motosikal motosikal b2 harga di institut memandu sekolah memandu harga maksimum peraturan baharu lesen memandu 2021, diberi adalah 8 jam, untuk ke ujian praktikal calon yang telah lulus 6 jam lesen memandu kali pertama masa yang diberi calon yang lulus ujian calon diwajibkan membuat bayaran