Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Kemiskinan merupakan satu isu yang sering dibangkitkan di mana-mana negara di dunia ini. Setiap kerajaan yang memerintah akan mencari jalan untuk membanteras kemiskinan dalam negara mereka. Malaysia juga tidak terkecuali. Sejak zaman kemerdekaan Kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan akta, mengumpul data dan membahaskannya di dewan parlimen dengan tujuan membasmi kadar kemiskinan dalam negara. Usaha itu masih terus dilakukan hingga sekarang.
Antara usaha yang sedang dijalankan sekarang adalah mewujudkan sistem e-Kasih. Sistem ini telah dibangunkan oleh agensi kerajaan persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Jabatan Perdana Menteri. Sistem e-Kasih ini bertindak sebagai pusat pengumpulan data Kemiskinan Nasional berkenaan kemiskinan di Malaysia yang bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Berdasarkan info dari portal rasmi e-Kasih, golongan yang berpendapatan rendah seperti yang ditetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012 di mana jika KIR berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan untuk kawasan bandar dan bawah RM 1000 untuk luar bandar anda adalah layak untuk mendaftar. Individu yang ingin berdaftar boleh mendapatkan nasihat daripada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/ Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berhampiran.
CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS PERMOHONAN e-KASIH
Perhatian kepada mereka yang ingin tahu info berkaitan sistem e-Kasih ini, berikut kami kongsikan beberapa info penting untuk panduan semua.
SISTEM e-KASIH |
| e-Kasih merupakan sebuah sistem berpusat yang emngendalikan pangkalan data keluarga miskin yang dapat membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Antara kegunaan sistem ini ialah: |
KELAYAKAN e-KASIH | ||
Pendapatan Per Kapita Isirumah Kurang Daripada | ||
| Luar Bandar | Bandar | |
| RM1,000 | RM1,500 | |
BORANG PENDAFTARAN e-KASIH |
| Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat berikut atau membuat panggilan telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP). |
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN e-KASIH | |
Semakan Pendaftaran e-KASIH | |
Soalan Lazim eKasih | |
| Pautan di atas memaparkan soalan yang kerap ditanya beserta dengan jawapan atas setiap persoalan |
MAKLUMAT LANJUT |
| Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lengkap sila layari pautan di bawah: |
