Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Kemudahan lebuhraya merupakan satu bentuk kemudahan yang menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan yang lain bertujuan untuk memendekkan masa perjalanan. Terdapat lebih kurang 30 konsesi lebuhraya di Malaysia dan kebanyakkan daripadanya berada di Lembah Klang. Lebuhraya atau Highway ini akan menjadi bertambah sibuk apabila tibanya musim perayaan di mana rata-rata pengguna jalan raya akan pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti.

Contoh lebuhraya utama di Malaysia adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Link kedua dan Jambatan Pulau Pinang. Kadar bayaran tol untuk setiap lebuhraya berbeza mengikut konsesi lebuhraya dan juga kelas kenderaan.

Jika anda ingin membuat semakan kadar bayaran tol, anda boleh berbuat demikian secara atas talian sebelum anda memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi yang ingin dituju. Selain daripada dapat menyediakan bajet perjalanan ia juga dapat membantu anda menyediakan baki wang yang secukupunya di kad Touch n Go anda sebelum perjalanan dimulakan.

Aplikasi online ini telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertujuan memudahkan pengguna jalanraya membuat semakan kadar bayaran ke destinasi di lebuhraya seluruh Malaysia. Selain itu, terdapat juga info-info lain seperti live kesesakan lalu lintas yang dikemas kini oleh LLM.

CARA SEMAK KADAR HARGA TOL LEBUHRAYA TERKINI DI MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN/ ONLINE

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan secara online kadar harga tol di lebuhraya di Malaysia bagi memudahkan perjalanan pengguna lebuhraya:

Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara Online
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara Online

 CARA SEMAK HARGA TOL LEBUHRAYA ONLINE

Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia

Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineSila layari pautan di atas
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlinePilih lebuhraya yang ingin anda gunakan
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlinePilih plaza masuk dan Plaza keluar kemudian tekan butang cari
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineJarak perjalanan akan dipaparkan dan jumlah bayaran tol akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan

LANGKAH-LANGKAH SEMAKAN

Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineMasukkan plaza tol masuk dan keluar dan kadar bayaran serta jarak akan dipaparkan
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara Online
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineSemakan tidak memerlukan muat turun/ download apa-apa aplikasi

 PENURUNAN TOL 18% LEBUHRAYA KENDALIAN PLUS

Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineBerkuatkuasa mulai 1 Februari 2020, semua lebuhraya kendalian PLUS akan melaksanakan penurunan kadar tol sebanyak 18%
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlinePenurunan ini dilaksana bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineBagi lori (kelas 2&3) kadar bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058

 JADUAL BAYARAN TOL UNTUK PLAZA TOL SISTEM TERTUTUP

Berikut adalah perbandingan kadar bayaran tol sebelum dan selepas penurunan 18% bagi kelas 1,4 & 5 sahaja
LALUANKELASSEBELUM SELEPAS
Jalan Duta – Juru1RM 43.30RM 35.51
4RM 21.60RM 17.71
5RM 32.40RM 26.57
Sg. Besi – Skudai1RM 40.50RM 33.21
4RM 20.20RM 16.56
5RM 30.30RM 24.85
Damansara – KLIA1RM 7.40RM 6.07
4RM 3.90RM 3.20
5RM 5.60RM 4.59
Cheneh – K. Terengganu (LPT2)1RM 19.70RM 16.15
4RM 9.90RM 8.08
5RM 19.70RM 16.51

 JADUAL BAYARAN TOL UNTUK PLAZA TOL SISTEM TERBUKA

Berikut adalah perbandingan kadar bayaran tol sebelum dan selepas penurunan 18% bagi kelas 1,4 & 5 sahaja
LALUANKELASSEBELUM SELEPAS
Mambau (SPDH)1RM 3.20RM 2.62
4RM 3.20RM 2.62
5RM 6.30RM 5.16
Kubang Semang (BKE)1RM 1.60RM 1.31
4RM 0.80RM 0.65
5RM 1.60RM 1.31
Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor)1RM 2.90RM 2.37
4RM 1.40RM 1.14
5RM 2.30RM 1.88

 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau ingin tahu info terkini sila layari pautan berikut:
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineFacebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
Semakan Harga Tol Lebuhraya Malaysia Terkini Secara OnlineLaman Twitter Rasmi LLM Trafik