Permohonan BPR 2021 Pendaftaran Baru Bantuan Prihatin Rakyat Online

Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa skim bantuan kewangan kepada rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan tetap diteruskan dan digantikan dengan nama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Melalui kerajaan Perikatan Nasional pula, BSH telah digantikan dengan nama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada pembentangan Belanjawan 2021.

Pertukaran nama ini bagaimana pun tidak akan memberi impak yang negatif buat rakyat Malaysia kerana jumlah bantuan yang diberikan tidak akan dikurangkan malah ditambah baik. Namun begitu semakan semula terhadap kelayakan setiap individu yang membuat permohonan akan dilakukan dengan lebih teliti agar bantuan diberikan hanya kepada individu yang sememangnya layak dan memerlukan serta menepati syarat kelayakan bpr 2021.

Mekanisme pembayaran BPR pada tahun 2021 akan dilaksanakan melalui dua fasa. Permohonan BPR dibahagikan mengikut beberapa kategori tertentu selaras dengan pendapatan seisi rumah pemohon. Kategori penerima dan juga jumlah bantuan masih dikekalkan mengikut tahun sebelum ini dan akan dijelaskan dengan lebih lanjut di bawah.

Permohonan BPR 2021 – Bantuan Prihatin Rakyat Pendaftaran Permohonan Secara Online Dan Manual

Setiap individu perlulah melakukan permohonan secara atas talian (online) ataupun secara manual (pengisian borang) bagi mendapatkan BPR ini.

Pemohon juga hendaklah terlebih dahulu menyemak dan menepati syarat kelayakan BPR dan mengenal pasti jenis kelayakan atau kategori yang sesuai dengan gaji pemohon bagi memastikan anda layak menerima BPR.

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan BPR.

Permohonan Pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021

  • Permohonan baru dijangka akan dibuka seawal penghujung bulan Januari 2021.
  • Bagi penerima BSH sedia ada, data tersebut akan digunakan untuk BPR dan tidak perlu membuat permohonan baru
  • Bantuan Prihatin Rakyat akan dilakukan secara dua kali ansuran
  • Bayaran pertama BPR akan ditunaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021
  • Di bawah adalah kategori serta jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah Bantuan Prihatin Rakyat;

I) Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

  • Bantuan sebanyak RM1,200 bagi pasangan yang tiada anak sehingga satu orang anak
  • Bantuan sebanyak RM1,400 bagi pasangan yang mempunyai dua orang anak atau lebih

II) Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000

  • Bantuan sebanyak RM800 bagi pasangan yang tiada anak sehingga satu orang anak
  • Bantuan sebanyak RM1,200 bagi pasangan yang mempunyai dua orang anak atau lebih

III) Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000

  • Bantuan sebanyak RM500 bagi pasangan yang tiada anak sehingga satu orang anak
  • Bantuan sebanyak RM750 bagi pasangan yang mempunyai dua orang anak atau lebih

IV) Individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

  • Bantuan sebanyak RM350 
  • Berumur 21 tahun dan ke atasMaklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Kategori penerima BSH adalah seperti berikut :-

Kategori Dan Syarat Penerima Serta Jumlah Bantuan BSH 2020

Berikut merupakan kategori penerima bagi tahun 2020 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020:

500

KATEGORI 1 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
Warganegara Malaysia (Tinggal Di Malaysia Sahaja)

750

KATEGORI 2 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
Warganegara Malaysia (Tinggal Di Malaysia Sahaja)

1,000

KATEGORI 3 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
Warganegara Malaysia (Tinggal Di Malaysia Sahaja)

120

KADAR TAMBAHAN | SETIAP ANAK
Berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
Untuk setiap anak (berumur 18 tahun ke bawah sahaja)
Bagi anak kelainan upaya (OKU) tiada had umur
Diterhadkan kepada (4) empat orang anak sahaja

300

KATEGORI 4 | BUJANG DAN OKU
Berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
Bujang berumur 40 tahun ke atas
OKU berumur 18 tahun ke atas

Mereka yang ingin membuat permohonan baharu BSH 2020 boleh merujuk kepada tarikh BSH 2020 akan dibuka dan panduan yang disertakan seperti berikut :-

Tarikh Rasmi Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020

Dibuka : 1 Februari
Ditutup : 15 Mac

Cara Buat Permohonan Pendaftaran Bantuan Sara Hidup 2020

  • Pada tahun 2020, Kementerian Kewangan Malaysia menyediakan dua kaedah bagi tujuan permohonan BSH iaitu secara dalam talian (online) dan borang manual. Sila gunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan duplikasi atau pentindihan maklumat pemohon.
  • Pemohon tidak perlu membuat permohonan baru untuk penerima sediada BSH kerana maklumat permohonan lama anda telah direkodkan. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk membuat kemas kini BSH 2020 maklumat terkini anda seperti alamat, nombor akaun bank, waris dan lain-lain supaya permohonan BSH 2020 anda diproses dengan sempurna.  Tiada kemaskini diperlukan jika tiada sebarang perubahan maklumat. Pemohon yang bukan penerima perlu membuat permohonan baharu
  • Panduan dan Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH)

Permohonan BSH Secara Online

Permohonan bagi tahun 2020 boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi BSH Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.

I) Isikan no kad pengenalan anda dan tekan butang Semak. Kemudian lengkapkan maklumat pemohon seperti:

  • Alamat surat menyurat
  • Nombor poskod
  • Nombor Telefon rumah dan telefon bimbit
  • Status perkahwinan
  • Anggaran pendapatan kasar bulanan

II) Lengkapkan status perkahwinan mengikut pilihan yang dipaparkan

  • Jika status pemohon berkahwin sila lengkapkan maklumat pasangan
  • Jika status perkahwinan pemohon Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak pemohon perlu pilih jenis status sama ada penceraian atau kematian pasangan

III) Lengkapkan maklumat anak. Terhad kepada empat orang anak sahaja:

  • Nombor MyKad/MyKid
  • Nama anak
  • Umur anak
  • Status anak (Anak Kandung / Anak Angkat)

IV) Lengkapkan maklumat bank yang masih aktif. Sekiranya tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah ataupun pindahan wang gagal dijalankan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun baru seperti tertakluk pada terma dan syarat

V) Sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Pastikan fail tidak melebihi 3Mb

VI) Lengkapkan maklumat waris seperti:

  • Jenis pengenalan waris
  • Nombor kad pengenalan waris
  • Nama penuh waris
  • Hubungan pemohon dengan waris
  • Nombor telefon waris

VII) Lengkapkan ruangan pengesahan dengan memasukkan Kod Captcha dan tekan butan Sahkan Captcha. Pastikan anda tandakan tick dikotak yang disediakan bagi mengesahkan pengenalan anda

VII) Pemohon boleh memilih sama ada hendak simpan bagi kemaskini di masa akan datang atau hantar permohonan untuk melengkapkan proses permohonan

Permohonan BSH Secara Borang Manual

Permohonan BSH 2019 menggunakan borang manual boleh dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan BSH yang boleh didapati secara percuma melalui Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (Cawangan LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup permohonan

BORANG PERMOHONAN BSH 2020 MANUAL

Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat permohonan.Panduan pengisian maklumat permohonan dan dokumen yang perlu disertakan dan penghantaran borang telah dinyatakan dalam borang berkenaan.

Salinan Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (Yang Mana Berkenaan)

I) Pemohon

  • Cetakan Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JPN / Jabatan Agama Islam Negeri
  • Cetakan Salinan Sijil Kematian suami/isteri yang dikeluarkan oleh JPN
  • Cetakan Salinan Sijil Penceraian yang dikeluarkan oleh JPN / Jabatan Agama Islam Negeri
  • Cetakan Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah

II) Suami / Isteri

  • Cetakan Salinan Pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
  • Cetakan Salinan Passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / Kad Pengenalan Lama

III) Anak

  • Cetakan Salinan MyKad / MyKid
  • Cetakan Salinan Sijil Lahir
  • Cetakan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN (bagi anak angkat sahaja)

Dalam memastikan bantuan diberikan hanya kepada mereka yang berkelayakan sahaja, proses verifikasi kelayakan perlu dibuat oleh agensi-agensi kerajaan :-

Agensi – Agensi Yang Terlibat Dalam Verifikasi Kelayakan BSH

Proses permohonan akan melalui beberapa peringkat semakan dan verifikasi kelayakan daripada agensi-agensi terlibat yang telah ditetapkan berdasarkan aspek tertentu oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Pengenalan Diri
Jabatan Pendaftaran Negara
Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pendapatan
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKumpulan Wang Simpanan Pekerja
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Termasuk PDRMKumpulan Wang Persaraan
Angkatan Tentera MalaysiaBendahari negeri-negeri di Malaysia
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Status Perkahwinan
Jabatan Pendaftaran NegaraJabatan Kemajuan Islam Malaysia
Bekerja atau Tinggal Menetap di Luar Negara
Kementerian Luar NegeriKementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Anak Yang Masih Belajar
Kementerian Pendidikan MalaysiaMajlis Amanah Rakyat
Orang Kurang Upaya
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pemilikan Kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan
Sekiranya didapati sebarang maklumat palsu diberikan oleh pemohon, sabit kesalahan boleh dikenakan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam dalam mendapatkan bantuan BSH

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat, sila kunjungi cawangan LHDNM berdekatan atau lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:

Related : senator tengku, rumah yang mempunyai dua had umur kelayakan individu menerima bantuan rm350 kategori ini akan menerima menggantikan bantuan sara hidup pengarah belanjawan negara johan mahmood merican menerima rm500 umur kelayakan individu bujang bujang diturunkan kepada 21 kelayakan individu bujang diturunkan bawah pula akan menerima isi rumah yang mempunyai, diturunkan kepada 21 tahun, iaitu 40 tahun rm5,000 dan ke bawah https bpr.hasil.gov.my menteri kewangan, mei 2021 portal rasmi bpr log masuk mybpr pendaftaran baharu, bayaran fasa, pembentangan bajet 2021, kemaskini bpr bpn 2.0 bpr tambahan