Permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat komited dalam memastikan setiap masyarakat menerima pendidikan tanpa mengira kaum mahupun status. Menyedari bahawa antara punca keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib berkuatkuasa Januari 2003 bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan murid sekolah khususnya bagi golongan miskin.

Dalam dasar tersebut di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] menyatakan bahawa ibu bapa wajib untuk menghantar anak mereka ke sekolah bermula Darjah Satu (1). Kerajaan juga sedar bahawa bantuan perlu dihulurkan kepada golongan miskin agar mampu untuk mengikuti pelajaran di sekolah. Justeru sebuah tabung bernama “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” dilancarkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ini mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan kerajaan dan juga melalui sumbangan pihak luar. Hal ini telah mendapat kelulusan dalam Surat Ikatan Amanah daripada Kementerian Kewangan pada 10 April 2003. Orang ramai yang ingin membuat sumbangan kepada tabung ini boleh berbuat demikian melalui panduan yang akan dikongsikan di bawah.

Bermula tahun 2019, KPM dalam proses bagi menyediakan data untuk permohonan KWAPM secara atas talian (onine) melalui sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM bagi murid Darjah 2 hingga Darjah 6 sesi persekolahan tahun 2019. Murid yang layak menerima bantuan KWAPM akan dikenalpasti menggunakan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang mempunyai pendapatan ibu bapa / penjaga yang telah dikemaskini sehingga 28 September 2018. Seterusnya, data tersebut akan dimuat naik ke dalam sistem APB – Modul KWAPM bagi tindakan selanjutnya.

Permohonan KWAPM 2024 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Berikut dikongsikan jenis permohonan KWAPM dan juga syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan KWAPM beserta cara membuat sumbangan ke Tabung KWAPM untuk tahun 2023, maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Permohonan adalah melalui kemaskini pendapatan ibu bapa/penjaga  di sekolah oleh guru bertugas pada tahun sebelumnya. Bagi murid yang layak menerima bantuan tetapi tidak sempat mengemaskini data pada tarikh yang ditetapkan anda mungkin akan tercicir daripada menerima Bantuan KWAPM bagi tahun 2023.

Jenis Dan Kadar Bantuan KWAPM

Berikut adalah jenis dan kadar bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin:

Jenis Data / Status KemiskinanBantuan Am Persekolahan (BAP)Bantuan Kecemasan
Data Sedia Ada (DSA – Permohonan Sekolah)RM100 / setahun (Sekolah Rendah)RM300 (Sekolah Rendah)
eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)RM150 / setahun (Sekolah Menengah)RM300 (Sekolah Menengah)
Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

Syarat Kelayakan Bantuan KWAPM

I) Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah / Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 1

II) Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKasih dan eDamak dan telah disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

III) Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa. Sebagai rujukan, PGK Nasional pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

WilayahMiskin (RM)Miskin Tegar (RM)
Per Isi RumahPer KapitaPer Isi RumahPer Kapita
Semenanjung
Malaysia
960

244

604151
Sabah &
W. P. Labuan
1,180

259

722154
Sarawak1,020

255

681167

IV) Pelajar BUKAN daripada penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Proses Permohonan Bantuan KWAPM

Berikut adalah proses permohonan bantuan KWAPM:

  • Guru kelas akan mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan KWAPM
  • Guru akan mengemukakan Borang PB-1, Borang PB-2 dan Borang Bantuan Kecemasan kepada murid yang layak
  • Guru Penyelaras Bantuan akan menyemak dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sebelum dihantar ke pihak JPN/PPD/ Bahagian
  • Pihak sekolah akan mengagihkan bantuan dalam tempoh masa 30 hari selepas mendapat peruntukan daripada Bahagian Kewangan, KPM
  • Pautan borang-borang berkenaan boleh dirujuk pada:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan KWAPM boleh diajukan kepada:

Alamat:
Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok e12,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.
Telefon / Faks:
+603-88847002/7091/7088/7020/7647/7303
Emel:
kwapm@moe.gov.my