Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Semua calon-calon (pelajar) yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2019 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mac 2020.
Setiap tahun, keputusan SPM akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Mac, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan SPM akan diumumkan keluar pada bulan Mac.
SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS PADA MAC 2020
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan SPM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.
Pernyataan penuh keputusan peperiksaan SPM 2019 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM dahulu.
Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan SPM 2019.
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2019 DIUMUMKAN | ||
| Tarikh | Jam | |
5 Mac 2020 | 10 pagi | |
| Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). | ||
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE |
| Semakan keputusan SPM 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah. |
Aplikasi Semakan Result SPM 2019 - Online |
| Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta. |
| Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. |
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA SMS |
| Semakan keputusan SPM 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut. |
| Taip: SPM (jarak) NO. KP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888 |
| Contoh: SPM WY008A040 sms ke 15888 |
| Perkhidmatan SMS diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, (5 Mac 2020) sehingga jam 600 petang, (11 Mac 2020) |
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN SPM 2019 | |
| Calon Sekolah | Calon Persendirian |
| Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. | Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM. |
KENYATAAN MEDIA KPM TARIKH RASMI SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 |
Permohonan PISMP Di IPG (Calon Guru) |
Permohonan UPU Online | Universiti Awam Politeknik ILKA Kolej Komuniti |
Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 KPM |
