Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) untuk kemasukan sesi akademik 2021 / 2022 ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Pemohon perlu ambil tahu tentang tarikh-tarikh penting UPU agar tidak terlepas tarikh yang telah diumumkan.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memaklumkan bahawa permohonan boleh dibuat melalui portal rasminya bermula pada Januari 2021 dan sistem permohonan akan ditutup pada tarikh yang akan dikemaskini untuk lepasan SPM dan untuk lepasan STPM/Setaraf.
Permohonan adalah terbuka untuk kemasukan Program Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi lepasan SPM 2020, 2019 dan 2018, manakala Ijazah Sarjana Muda di UA bagi lepasan STPM atau Setaraf. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan seperti cara yang ditulis di bawah.
BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE UA POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI ILKA SESI AKADEMIK 2021-2022
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU Online | ||
Dibuka | Ditutup | |
– | – | |
MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU ONLINE | ||
Pendaftaran Hanya Terbuka Kepada: | ||
No. unik ID BSN masih diperlukan semasa permohonan pemilihan program. Penjualan No.Unik ID bagi Permohonan kemasukan adalah pada Januari 2021 untuk lepasan SPM, STPM dan Setaraf | ||
Berikut dikongsikan soalan lazim yang disediakan untuk pemohon SPM dan pemohon STPM: | ||
TARIKH RASMI PERMOHONAN UPU ONLINE LEPASAN SPM | ||
Dibuka | Ditutup | |
4 Januari 2021 | 31 Mac 2021 | |
TARIKH RASMI PERMOHONAN UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF | ||
Dibuka | Ditutup | |
4 Januari 2021 | 31 Mac 2021 | |
TARIKH DAN KATEGORI PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID DI BSN | |
Pemohon perlu pastikan membeli nombor Unik ID di BSN yang berharga RM15.00 dengan betul mengikut kategori masing-masing seperti di bawah | |
TARIKH PEMBELIAN PIN UNIK UPU ID LEPASAN SPM | |
Dibuka | Ditutup |
Februari 2021 | 30 Mac 2021 |
TARIKH PEMBELIAN PIN UNIK UPU ID LEPASAN STPM/SETARAF | |
Dibuka | Ditutup |
Februari 2021 | 30 Mac 2021 |
KENALPASTI KATEGORI PERMOHONAN | |
Pemohon perlu mengenalpasti kategori masing-masing sebelum membuat permohon. Maklumat rasmi bagi kategori yang berkenaan, sila klik pada judul pautan di bawah. | |
KATEGORI PEMOHON | |
Program Lepasan SPM (Setaraf) | SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti |
Program Lepasan STPM (Setaraf) | STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM |
MENGISI BORANG PERMOHONAN MELALUI SISTEM UPU ONLINE | |
Pemohon pertama kali perlu membuat pendaftaran Akaun Baru bagi membolehkan sistem borang permohonan online kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dapat di aksi sepenuhnya. | |
Sila Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Mykad dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online. | |