Semakan tawaran keputusan kemasukan Tingkatan 6 sesi 2024-2025

Kemasukan ke Tingkatan 6 (T6) di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditawarkan secara automatik kepada lepasan SPM yang mencukupi syarat sepertimana ditetapkan oleh KPM.

Oleh itu, pelajar lepasan SPM 2022 yang mencukupi syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan Enam bagi sesi 2023 tidak perlu membuat permohonan secara individu sebaliknya hanya perlu membuat semakan tawaran secara dalam talian (online) bagi mengetahui sama ada ditawarkan ke Tingkatan Enam. Maklumat bagi sesi 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Dan Cetakan Tawaran Kemasukan Keputusan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023

Semakan keputusan dan cetakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh dibuat oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 melalui Sistem Aplikasi Dalam Talian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bermula pada tarikh yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Portal Rasmi.

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan keputusan Tingkatan 6 merangkumi informasi penting iaitu tarikh, pautan semakan serta lain-lain maklumat berkaitan.

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 6 2023

Dibuka : 3 Julai 2023

Ditutup : 17 Julai 2023

Semakan keputusan tawaran dan pendaftaran adalah melalui kaedah secara online dan pelajar yang tidak mendapat capaian internet akan dimaklumkan dan dibantu oleh pihak sekolah.

Aplikasi Semakan Tawaran Keputusan Tingkatan 6 Secara Online

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan 6 tahun 2023 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi Sistem Aplikasi Dalam Talian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian , sila klik pada judul pautan di bawah.

Semakan Tawaran Form 6

Sistem aplikasi SST6 semakan keputusan Tingkatan 6 2023 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.

Pelajar lepasan SPM 2022 hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada ditawarkan ke Tingkatan Enam

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran perlu CETAK SEGERA surat tawaran dan dibawa ke sekolah pada hari pendaftaran

Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh membuat rayuan bermula tarikh 3 hingga 17 Julai 2023 secara dalam talian di aplikasi semakan

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Secara SMS

Semakan keputusan Tingkatan 6 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

Syarat Umum Kelayakan Pelajar Lepasan SPM 2022 Ke Tingkatan 6 Tahun 2023

Lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia

Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2023

Untuk layak ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14

Pautan Lampiran Info Berkaitan Tingkatan 6