Ringkasan Intipati Bajet 2024 Belanjawan Malaysia Semua Sektor

Umum mengetahui bahawa tema untuk Bajet 2023 adalah Membangun Malaysia Madani dan jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM388.1 billion. Bagaimana pula dengan Bajet 2024 pada tahun ini? Sudah pasti ramai yang berharap agar kerajaan dapat membuat pembaharuan serta penambahbaikan terhadap apa-apa kekurangan daripada tahun lalu.

Buat makluman semua, bajet tahunan Malaysia merupakan perancangan perbelanjaan kerajaan dalam satu tahun fiskal untuk tujuan pelaksanaan projek serta program pembangunan negara menggunakan hasil pendapatan negara seperti cukai dan duti. Seperti tahun lalu, pembentangan Bajet 2024 juga akan diadakan di Dewan Parlimen dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga saluran berbayar terpilih.

Tahun ini merupakan tahun kedua bagi kerajaan baharu Kerajaan Perpaduan untuk membentangkan bajet tahunan negara. Berdasarkan prestasi PH pada tahun sebelum ini, kita dapat melihat pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanakan untuk membantu memudahkan hidup rakyat Malaysia. Namun begitu, segala kekurangan yang terdapat dalam usaha mereka haruslah diambil sebagai pengajaran dan iktibar untuk menambahbaik apa-apa yang perlu pada masa akan datang.

Pasti ramai yang percaya bahawa pengurusan kewangan negara yang telus dan bersih daripada unsur rasuah dapat membawa kepada kemajuan dan keharmonian negara. Rakyat menaruh harapan yang besar terhadap kerajaan Perpaduan agar dapat membawa aspirasi negara dan mensejahterakan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan pada masa yang sama bukan juga suatu perkara yang mustahil. Pembentangan intipati bajet 2024 belanjawan Malaysia pasti akan menjadi suatu detik yang dinanti-nantikan semua.

Intipati Bajet 2024 Ringkasan Kandungan Belanjawan Malaysia

Sebagai rujukan dan panduan untuk rakyat Malaysia memperoleh maklumat yang sahih berkenaan Bajet 2024, berikut dikongsikan ringkasan pembentangan yang akan ditayangkan secara langsung di saluran RTM:

ringkasan bajet

Tema Dan Peruntukan Bajet Untuk Tahun 2024

Jumlah Peruntukan | Tema

  • 393.8bilion
  • Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat

Peruntukan Terperinci

  • Perbelanjaan Mengurus : 303.8 billion
  • Perbelanjaan Pembangunan : 90 billion
  • Perbelanjaan Luar Jangka : 2 billion

Isu Utama Bajet 2024

Berikut merupakan isu utama bajet 2024 Malaysia:

  1. Kadar Cukai Perkhidmatan dinaikkan dari 6% ke 8% dengan skop diperluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Kadar 6% akan kekal bagi perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik
  2. Cukai Keuntungan Modal sebanyak 10% daripad akeuntungan bersih pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 1 Mac 2024
  3. Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan bagi isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan
  4. Kenaikan harga diesel akan dilaksanakan. Kenaikan berperingkat ini adalah begi menyasarkan semula subsidi dan mengelakkan penyeludupan diesel
  5. Satu Portal Fraud Kebangsaan (NFD) akan dilancarkan bagi mengekang masalah penipuan internet/ fraud
  6. Peruntukan pembangunan untuk negeri Sabah dan Sarawak sebanyak RM12.4 billion
  7. Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada tahun 2026
  8. Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah. Rebat akan diberikan sehingga RM2,400 kepada pembeli
  9. Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan daripada RM8billion kepada RM10billion
    • Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
    • Kadar maknimum STR meningkat daripada RM350 kepada RM500
    • Permohonan Baharu STR akan dibuka seawal November 2023
    • Bayaran Fasa Pertama dijangka pada bulan November 2024
  10. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada 700,000 penerima STR dan tempoh sumbangan dipanjangkan kepada 12 bulan
    • RM100 sebulan untuk 12 bulan
  11. PERKESO akan menyediakan insentif khas sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan bagi menyokong kemasuakn lebih 3,300 pencari kerja golongan rentan
  12. Daripada hasil penjualan nombor plat khas, kerajaan akan memberikan manfaatnya kepada golongan kurang berkemampuan seperti berikut:
    • Menanggung bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia
    • 100,000 topi keledar percuma termasuk untuk kanak-kanak
    • FLYsiswa, bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelaajr kurang mampu
  13. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan di aman ahli boleh mengakses akaun baharu pada bila-bila masa
  14. Ganjaran sebanyak RM500 kepada golongan belia yang menyertai aktiviti kesukarelawan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan
  15. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 pada kadar:
    • 10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
    • 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
    • 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
  16. Yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Janauri 2024
  17. Skim Perubatan Madani diperluaskan ke seluruh negara dan Skim mySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun
  18. Pas bulanan My50 diteruskan bagi perkhidmatan bas dan rel PRASARANA
  19. Sumbangan khas sebanyak RM700 akan diberikan kepada guru Takmir, Guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut
  20. Pelepasan cukai khusus RM1,000 bagi pembelian peralatan dan aktiviti sukan termasuk perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan
  21. Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 diumumkan sebagai bonus penjawat awam seperti berikut:
    • RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
    • RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
    • RM1,000 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen
    • Bayaran akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024

Pautan Ucapan Penuh Belanjawan 2024 boleh dimuat turun di : Teks Ucapan Bajet 2024

2022

Jumlah Peruntukan | Tema

 

332.1bilion

Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera

 Video Ucapan Pembentangan Bajet 2022

Peruntukan Terperinci

Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan PembangunanSimpanan Luar Jangka
233.5 bilion 75.6 bilion2 bilion

Isu Utama Bajet 2022

Berikut merupakan isu utama bajet 2022 Malaysia:

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500:

  • RM2,000 : Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM1,500 : Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM1,000 : Tidak mempunyai anak

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000:

  • RM800 : Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM600 : Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM400 : Tidak mempunyai anak

Bagi bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah:

  • RM350

Bagi warga emas bujang berpendapatan kurang RM5,000:

  • RM600

Bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
RM300 tambahan kepada isi rumah warga emas.

Bantuan Awal Persekolahan

Dinaikkan RM50 menjadikan jumlah bantuan kepada RM150

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar 

Guru-guru di bawah KPM akan mendapat bantuan RM100 secara sekali bayaran

Bantuan Khas Guru KAFA, Imam dll. 

Bantuan kewangan sebanyak RM500 one-off diberikan kepada imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA

PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pemberian tablet percuma kepada kepada pelajar IPT daripada keluarga B40

e-Start Belia

Kredit e-wallet RM150 bagi golongan belia berumur 18-20 tahun dan pelajar sepenuh masa IPT

Pas Perjalanan Bas dan Rel

Pas perjalanan tanpa had melalui bas atau rel pada harga RM50 sebulan khusus untuk pengguna Lembah Klang

Diskaun PTPTN

Pengurangan bayaran balik PTPTN boleh dibuat bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2021 mengikut kadar:

  • 15% : penyelesai sepenuhnya
  • 12% : bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
  • 10% : bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual

Bantuan Lesen Kenderaan Motor OKU

Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU)

Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Subsidi sehingga 50% atau RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kenderaan kanak-kanak dari keluarga B40

Program Baucar Perlindungan Tenang

Penerima bantuan B40 akan menerima baucar RM75 untuk pembelian produk takaful hayat dan kemalangan diri. Mulai 1 Januari 2022, baucar ini juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans motorsikal 150cc dan ke bawah

mySalam

Diperluaskan skop bagi perbelanjaan stent jantung. Skim juga diperluaskan kepada penerima BKM dan manfaatnya turut diberikan kepada anak penerima yang layak

Duti Eksais Rokok Elektronik/Vape

Duti eksais akan diperkenalkan ke atas prosuk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk vape

Bonus Penjawat Awam

Bantuan Khas Kewangan kepada:

  • RM700 : Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah
  • RM350 : Pesara kerajaan

2020

Jumlah Peruntukan | Tema

 

297 billion

Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama

Maklumat Belanjawan 2020

Berikut dikongsikan maklumat belanjawan 2020 buat rujukan semua. Maklumat bagi Bajet 2022 akan dikemaskini

Teras Belanjawan 2020

  1. Memacu Pertumbuhan Ekonomi Baru Dalam Digital
  2. Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
  3. Mewujudkan Masyarakat Bersatu, Inklusif Dan Saksama
  4. Memulihkan Institusi Dan Kewangan Negara

Strategi Belanjawan 2020

Bagi mencapai fokus utama belanjawan 2020, 15 strategi telah disusun untuk mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia iaitu:

  1. Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi Pelaburan
  2. Mempercepatkan Ekonomi Digital
  3. Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan
  4. Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi
  5. Meningkatkan Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia
  6. Memodenkan Pasaran Buruh
  7. Pelaburan dalam Pendidikan dan Bakat
  8. Pembangunan Inklusif – Peruntukan RM10.9 bilion untuk pembangunan luar bandar
  9. Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Lebih Baik
  10. Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan
  11. Meningkatkan Akses Kepada Perumahan
  12. Perpaduan melalui Sukan
  13. Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar
  14. Komitmen Terhadap Konsolidasi Fiskal
  15. Memperkukuhkan Institusi, Tadbir Urus dan Integriti

Isu Utama Bajet 2020

Berikut merupakan isu utama bajet 2020 Malaysia:

#Malaysiakerja

  • #Graduankerja Graduan yang menerima kerja akan menerima insentif sebanyak RM500 sebulan kepada graduan yang telah menganggur lebih 12 bulan.  Manakala insentif sebanyak RM300 sebulan akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja yang telah menganggur lebih daripada 12 bulan. Inisiatif ini akan disediakan dan diuruskan oleh KWSP dimana insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
  • #Wanitakerja  Khas bagi golongan wanita yang berusia 30 hingga 50 tahun dan tidak bekerja selama setahun,  dan kembali bekerja akan menerima insentif sebanyak RM500 sebulan sepanjang dua tahun. Majikan akan menerima insentif sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh sama. Inisiatif ini akan disediakan dan diuruskan oleh KWSP dimana insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
  • #Watankerja program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengurangkan kebergantungan pekerja asing berkemahiran rendah. Warganegara yang akan menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Majikan akan menerima insentif sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh sama. Inisiatif ini akan disediakan dan diuruskan oleh KWSP dimana insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
  • #Perantiskerja adalah Program insentif TVET dalam bentuk elaun tambahan RM 100 sebulan

Bayaran Khas Kakitangan Kerajaan

  • Bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah
  • Bagi pesara kerajaan, akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 seorang.
  • Bayaran khas ini akan disalurkan kepada semua penerima sebelum hujung tahun 2019

 Gaji Minima

Gaji minima dinaikkan kepada RM1200 mengikut bandar-bandar utama

e-wallet

Semua rakyat atas 18 tahun yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun akan menerima RM 30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama bagi merangsang penggunaan dompet nirtunai

Bantuan Sara Hidup 

Bantuan Sara Hidup untuk 1.1 juta individu bujang dibawah umur 40 tahun dengan pendapatan kurang RM 2,000 sebulan akan menerima RM 300

Golongan OKU yang berumur 18 Tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2000 sebulan layak menerima BSH

Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak untuk menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma

Klik LinkPermohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Pendaftaran Online Pemohon Baru

Klik LinkCara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Online Dan Borang Manual

Insentif Khas Kepada Sabah dan Sarawak 

Kerajaan Persekutuan akan membuat pemberian khas tahunan RM 53.4 juta kepada  Sabah dan sebanyak RM 32 juta untuk Sarawak.  Kerajaan akan menggandakan lagi pemberian khas sebanyak  RM 470 juta untuk Sabah & Sarawak dalam tempoh lima tahun.

Lebuhraya Pan Borneo telah melalui proses rasionalisasi menjadikan RM 1.2 bilion penjimatan kos dalam pembinaan lebuhraya tersebut.

Ringkasan Intipati Bajet 2020 Mengikut Sektor

Berikut dikongsikan ringkasan intipati Bajet 2020 mengikut sektor:

Sektor Pengangkutan 2020

MARRIS diberikan sebayank RM 4.85 bilion untuk penyelenggaraan jalan raya negeri. Kerajaan negeri diberi kelonggaran menaik taraf jalan, jambatan, parit, longkang dan cerun menggunakan dana MARRIS sehingga 15 peratus atau RM20 juta

RM 85 juta disediakan untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor. Sebanyak 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan PLUS juga ditambah baik. Kerajaan juga berhasrat meneruskan projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh juga dicadangkan untuk dinaik taraf.

Pengangkutan Awam

Kerajaan berhasrat untuk menyediakan sebanyak 500 buah bas elektrik akan diperkenalkan dengan peruntukan RM450 juta di bandar-bandar terpilih seluruh negara.

Kerajaan akan menaik taraf landasan keratapi kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom di Sabah sebagai langkah meningkatkan keselamatan penduduk dan menarik minat pelancong.

Pemansuhan Tol

Jemaah menteri menimbangkan cadangan mengambil alih saham atau melupuskan saham PLUS Malaysia Berhad. Kerajaan  bercadang diskaun 18 peratus akan diberikan di semua lebuhraya milik PLUS pada tahun 2020.

Kerajaan juga telah meluluskan pengambil alihan lebuhraya KESAS, LDP, SPRINT, SMART, maka penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak dan pengurangan sebanyak 30 peratus diwaktu puncak serta waktu biasa diperkenalkan

Mulai 1 Januari 2020, kadar tol Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Kedua akan diseragamkan di mana kategori kereta persendirian dikurangkan kepada RM7.00

Subsidi Minyak

Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar diperkenalkan. Sejumlah RM 30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motorsikal tetapi tertakluk kepada syarat dan kelayakan.

Bagi pemandu yang layak tetapi bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menerima subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motorsikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.

Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur

Sektor Kesihatan 2020

Sejumlah 30.6 billion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

RM1.6 billion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada.

RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal untuk semua kanak-kanak

Insentif kesuburan melalui KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepad pasangan yang menjalani rawatan kesuburan. Selain itu, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6 ribu diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan

Pelan Persaraan Swasta (PRS) menawarkan alternatif bagi rakyat menabung terutamanya kepada mereka yang tidak tertakluk kepada skim simpanan persaraan wajib

Perluasan mySalam dan PeKa B40

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan mySalam dipanjangkan kepada:

  • Perlindungan ke atas  45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal, dan polio
  • indvidu berumur 65 tahun layak
  • individu yang mempunyai pendapatan kasar rm100 ribu, mereka akan menerima bayaran kritikal sebanyak rm4 ribu dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak rm50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari apabila didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan

Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) akan diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas

Sektor Pelancongan 2020

Sejumlah 1.1 billion peruntukan diberikan kepada MOTAC

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera Pulau Pinang di beri peruntukan RM100 juta bagi membangunkan sistem kerata kabel baharu. Kos tambahan akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

RM5 juta diberikan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) untuk menyokong galeri seni visual dan penganjuran pameran seni. RM 10 juta akan diperuntukkan kepada Think City untuk memelihara budaya dan warisan bandar.

Taman Tema Antarabangsa

Pengecualian cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ditolak sehingga 70 peratus untuk lima tahun

Pelancongan Kesihatan

“Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020”

Sektor Komunikasi dan Multimedia 2020

Rm 21.6 bilion diperuntukkan kepada NFCP – National Fiberisation & Connectivity Plan

RM 250 Juta diperuntukkan kepada kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet

Geran sebanyak RM50 Juta untuk pembangunan ekosistem 5G. Matching Grant sebanyak RM 25 Juta untuk projek perintis 5G seperti blockchain, IoT, pelbagai lagi.

Sektor Sukan 2020

RM 299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan RM179 juta untuk Sukan Olimpik 2020, Sukan Sea 2021, dan sukan

RM 45 Juta diberikan untuk pembangunan Bola Sepak Negara

RM 10 juta disediakan bagi pembangunan atlet wanita

Peruntukan sebanyak RM20 juta kepada membangunkan E-Sports.

Sektor Sumber Manusia 2020

Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955

Cuti bersalin akan ditambah menjadi 90 hari

RM 500 juta peruntukkan bagi pembinaan pusat rehabilitasi baru Perkeso di Perak

Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai RM150 000

Sektor Pertanian 2020

Industri Tani akan menerima sebanyak RM 4.9 bilion

Sejumlah RM810 juta diperuntukkan khusus bagi Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

RM 738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra

Sebanyak RM150 juta peruntukkan disediakkan untuk menaikkan elaun sara hidup nelayan sebanyak RM250 sebulan  berbanding RM200 sebelum ini.

Kerajaan memperuntukkan RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh. RM30 juta pula diperuntukkan bagi penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi.

Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) diberikan sebanyak RM855 juta bagi meningkatkan hasil padi negara.

Sektor Pendidikan 2020

Sejumlah 64.1 billion diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

Rm652 juta diperuntukkan kepada penyelenggaraan dan naik taraf sekolah

Program TVET diberikan peruntukkan sebanyak RM 5.9 bilion

Sejumlah RM1.3 billion diperuntukkan kepada MARA dan sebanyak RM2 billion lagi untuk membiayai pinjaman untuk 50 ribu pelajar.

Sektor Keselamatan 2020

RM 15.6 bilion diberikan  kepada Kementerian Pertahanan Malaysia

RM 235 Juta diperuntukkan kepada Kastam bagi membeli 20 pengimbas kargo berteknologi tinggi. Cadangan sebanyak  11,000 CCTV akan dipasang di imigresen, dan pusat-pusat awam.

Program 3R – Repair, Replace, Restore untuk membaikpulih dan menyelenggara aset awam diperuntukkan sebanyak RM 10.5 bilion.

Elaun RELA dinakikkan sebanyak RM 2 sejam

Elaun khas skim perkhidmatan bomba sebanyak RM 200 sebulan, RM 500 untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia & Veteran Tentera.

Bayaran secara one-off RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta

Kuarters PDRM diperuntukkan RM 250 juta untuk membaiki dan selenggara, begitu juga bagi kuarters Tentera sebanyak RM150 juta

Info Lanjut

Teks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2022