Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2021 (BSH) Online

Umum sedia maklum bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberi nama baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Seiring dengan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bantuan kewangan ini dijangka bakal diteruskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2019. Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka setelah beberapa subsidi bahan harian dimansuhkan oleh kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri Malaysia, pemberian BSH merupakan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menukar mekanisme pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar yang dapat mengurangkan ketirisan. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan, BSH sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kerana dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Terkini seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2020, terdapat tiga kategori penerima BSH iaitu kategori  isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah diberikan sebanyak RM1,000, kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 diberikan sebanyak RM750, dan kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 diberikan sebanyak RM500. BSH diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.

Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup 2021 Secara Online Dan Borang Manual

Penerima yang telah menerima bantuan pada tahun-tahun sebelum ini perlulah melakukan pengemaskinian terhadap maklumat anda bagi memastikan diri untuk terus menerima bantuan pada tahun 2020. Maklumat bagi tahun 2021 akan dikemaskini dari semasa. Ikuti panduan kemaskini BSH yang disediakan GCarian di bawah:

Bilakah Perlu Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup 2020?

  • Penerima sedia ada BSH tidak perlu mengemukan permohonan baru
  • Sekurang-kurangnya sekali pengemaskinian dalam tempoh 3 tahun
  • Penukaran maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon
  • Perubahan statusperkahwinan, kematian pasangan/tanggungan dan perubahan waris.

Kepentingan Kemaskini Maklumat

Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak

Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini

Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat dilaksanakan dengan mudah

Maklumat Yang Perlu Dikemaskini

  1. Maklumat pemohon. Pastikan nombor telefon adalah tepat untuk kegunaan log masuk MyBSH
  2. Anggaran pendapatan kasar bulanan
  3. Maklumat pasangan. Sila nyatakan anggaran pendapatan kasar bulanan pasangan
  4.  Status perkahwinan. Jika kematian/perceraian, sila nyatakan tarikh kematian/perceraian
  5. Maklumat anak. Terhad kepada empat orang anak sahaja
  6.  Maklumat bank. Pastikan anda pilih bank yang masih aktif. Jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun tertakluk kepada terma dan syarat
  7. Dokumen sokongan yang diperlukan. Terhad kepada enam dokumen sahaja dan tidak melebihi 3Mb untuk setiap fail
  8.  Maklumat waris

Kemaskini hanya boleh dilakukan jika maklumat telah dihantar atau disimpan secara dalam talian. Jika tindakan telah diambil oleh cawangan, pemohon yang telah hantar permohonan tidak boleh mengemaskini permohonan. Hanya pemohon yang menyimpan permohonan boleh membuat kemaskini. Untuk permohonan yang telah diambil tindakan cawangan, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM untuk kemaskini secara manual

Tarikh Rasmi Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup 2020

Buka : 1 Februari

Tutup: 15 Mac

Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup 2020

Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BSH pada tahun lepas. Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian sama ada secara dalam talian (online) atau borang manual supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat.

A) KEMASKINI BSH SECARA ONLINE

Sila klik pada judul pautan di bawah bagi membuat pengemaskinian maklumat terkini BSH 2020 melalui Portal Rasmi MyBSH.

KEMASKINI MyBSH SECARA ONLINE

  1. Sila klik pada pautan di atas untuk kemaskini
  2. Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang mohon TAC dan anda akan dapat enam digit nombor TAC
  4. Masukkan nombor TAC dan tekan butang hantar. Nombor TAC sah selama 24 jam sahaja
  5. Sila klik pada butang kemaskini untuk membuat kemaskini maklumat
  6. Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan tekan butang hantar jika sudah lengkap
  7. Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan tekan bukan Sahkan Captcha untuk membuat pengesahan maklumat
  8. Tandakan ‘Tick’ pada kotak di paparan seterusnya untuk membuat pengakuan terhadap Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan bagi pengesahan pengenalan
  9. Tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses kemaskini
  10. Panduan Lengkap Pengguna | Cara Membuat Pengemaskinian Maklumat BSH 2020 Secara Online
  11. Panduan Permohonan Nombor TAC

B) KEMASINI BSH SECARA BORANG MANUAL

Borang manual kemaskini maklumat BSH boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BSH Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan

BORANG KEMASKINI BSH 2020 SECARA MANUAL

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual serta borang kemaskini maklumat waris

Jadual Pembukaan Kaunter BSH LHDN Seluruh Negeri

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkeanaan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh didapati di pautan FAQ di bawah atau hubungi:

 FAQ Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020

 FAQ Kemaskini Permohonan BSH 2020

  • Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
  • Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
  • E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
  • Portal Rasmi: https://bsh.hasil.gov.my

Info Berkaitan

Klik LinkPermohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH) Pendaftaran Online Pemohon Baru