Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Siaran langsung pembentangan belanjawan Malaysia (Bajet Malaysia) pastinya akan menjadi tumpuan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mahu mengetahui intipati bajet 2021 secara langsung di televisyen.
Intipati belanjawan tersebut menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan.
Selain perkhabaran gembira buat penjawat awam, isu kos sara hidup tinggi, rumah mampu milik, pendidikan, kesihatan, aspek keselamatan dan agenda sosial serta keupayaan negara dan persediaan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa hadapan adalah antara fokus utama kerajaan dalam setiap kali bajet tahunan negara.
Harapan rakyat apabila menjelangnya pembentangan bajet sudah tentu inginkan strategi yang benar-benar berkesan untuk menangani isu kos sara hidup termasuklah dalam hal pendidikan dan kesihatan. Maklumlah, bukan mereka yang menetap di bandar besar sahaja terasa bahangnya, malah penduduk di pekan kecil juga terasa tempiasnya.
Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat terhadap belanjawan Malaysia bagi tahun 2021 perlu selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan.
SIARAN LANGSUNG PEMBENTANGAN BAJET 2021 BELANJAWAN MALAYSIA BULAN OKTOBER/NOVEMBER
Seperti tahun-tahun sebelumnya pembentangan belanjawan Malaysia dibentangkan pada bulan Oktober di dewan rakyat, parlimen Malaysia. GCarian akan mengemaskini maklumat tarikh rasmi pembentangan Bajet 2021 bila diadakan dalam ruangan di bawah.
![]() |
![]() |
SIARAN LANGSUNG UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2021 MALAYSIA | |
Perkara | |
Pembentangan Belanjawan Malaysia 2021 | |
Info | Butiran |
Tarikh dan masa | 6 November 2020, 4:00 petang |
Tempat | Dewan rakyat, Parlimen Malaysia |
Siaran langsung | Sesi ucapan pembentangan bajet 2021 akan disiarkan secara siaran langsung di semua stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia |
SIARAN LANGSUNG VIDEO UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2021 |
![]() |
![]() |