Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Saman oleh pihak berkuasa seperti saman trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan antara perkara yang dikhuatirkan oleh pengguna jalan raya ialah jika dikenakan . Walaubagaimanapun saman dikenakan dengan tujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang.
Jika semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dengan mengikuti had laju yang ditetapkan kadar kemalangan akan dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan semua, kadar kemalangan di Malaysia antara yang paling tinggi.
Pada sidang media 17 Ogos 2018, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan kesemua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bernilai RM435 juta yang belum dijelaskan akan dibatalkan. Beliau berkata lagi mulai 1 September sistem AES akan diambil alih oleh JPJ sepenuhnya setelah kontrak bersama dua syarikat terdahulu tidak dilanjutkan. Segala operasi AES selepas ini akan diletakkan di bawah agensi itu. Bayaran saman AES yang sudah dijelaskan sebelum ini tidak akan dikembalikan berikutan beberapa kekangan dan masalah. Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menangguhkan sistem eCall yang sepatutnya dilaksanakan pada Julai 2019.
Pengguna jalan raya boleh membuat semakan jumlah saman tertunggak dengan perlu melayari di laman sesawang rasmi secara online. Terdapat juga lain-lain cara bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya membuat semakan. Setelah pengumuman yang dibuat oleh menteri pengankutan, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk membuat semakan jumlah saman anda. Dengan kemudahan yang ada kini, ia akan memudahkan rakyat membuat semakan seterusnya membayar saman yang dikenakan.
| PDRM akan memberikan diskaun saman sebanyak 50% dan bayaran perlu dibuat secara online |
| Pembayaran boleh dibuat bermula pada 18 Mei hingga 21 Mei 2020 |
| Bayaran saman boleh dibuat secara online dengan klik pada pautan berikut: |
| Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan semua saman AES yang belum dijelaskan sejak pengenalannya pada 2012 akan dibatalkan. |
| Mulai 1 September sistem AES akan diambil alih oleh JPJ sepenuhnya. |
| Bayaran saman AES yang sudah dijelaskan sebelum ini tidak akan dikembalikan |
CARA SEMAK SAMAN TRAFIK JPJ AES SECARA ONLINE DAN SMS
Kepada semua pengguna jalan raya, berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan saman tertunggak anda dengan beberapa cara. Berikut adalah cara yang boleh dicapai pengguna jalan raya:
CARA MEMBUAT SEMAKAN SAMAN TRAFIK ONLINE | |
Portal Rasmi JPJ | |
Sistem Rilek e-Servis | |
Perkhidmatan MyEG Servis | |
Sistem Semakan Online (SSO) PDRM | |
CARA MEMBUAT SEMAKAN SAMAN MENGGUNAKAN SMS |
| Berikut dikongsikan cara membuat semakan menggunakan SMS. Caj akan dikenakan ke atas setiap perkhidmatan MySMS |
| Semak Saman PDRM / TRAFIK |
| Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728 |
| Semak Saman JPJ |
| Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888 |
