Cara Semak Mata Demerit KEJARA Online

Sistem KEJARA adalah singkatan kepada Sistem Kesalahan Jalan Raya yang merupakan suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. Ianya merupakan satu sistem yang ditujukan kepada pemandu-pemandu yang memegang lesen kompeten (CDL) atau lesen percubaan (P).

Pemandu akan diberikan mata merit dan akan dikenakan demerit jika melakukan kesalahan jalan raya. Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan disamping meningkatkan kesedaran pemandu tentang keselamatan jalan raya. Selain itu, sistem ini juga bertujuan untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya.

Setiap kesalahan yang dilakukan pemandu akan diberikan notis saman dan setiap kesalahan terjadual yang dilakukan akan dikira demeritnya. Bagi pemandu lesen kompeten (CDL) yang telah mengumpul lebih 20 mata pertama notis amaran akan dikeluarkan. Tindakan seperti menggantung lesen akan dikenakan sebagai pengajaran kepada pemandu agar mematuhi peraturan jalan raya. Mata demerit pula berbeza mengikut kesalahan yang dilakukan.

Mulai 1 September 2018 kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) akan melaksanakan secara penuh ke atas kesalahan yang direkodkan oleh sistem AES/AWAS. Setiap kesalahan yang dilakukan bukan sahaja akan disaman malah akan dikenakan mata demerit. Bagi memudahkan pengguna jalan raya, semakan mata demerit boleh dilakukan secara atas talian (online) di Portal Rasmi JPJ. Oleh itu, pengguna jalan raya boleh mengambil tindakan awal dan berhati-hati sebelum tindakan penalti dikenakan.

Cara Semakan Mata Demerit KEJARA Online Melalui Portal Rasmi JPJ

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan mata demerit secara online. Turut dikongsikan juga cara untuk mengurangkan mata demerit dan beberapa info penting lain yang berkaitan:

Cara Membuat Semakan Mata Demerit

  1. Sila layari pautan di atas
  2. Klik pada menu “kategori ID” kemudian pilih jenis pengenalan diri
  3. Isikan No ID anda dan masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Kemudian tekan butang semak

 Tindakan Yang Dikenakan Mengikut Sistem Kejara

Berikut adalah tindakan yang dikenakan ke atas pemandu kenderaan (bukan pemilik kenderaan) bermula 1 September 2018:

  1. 20 mata pertama – Amaran akan dikeluarkan
  2. 20 mata kedua – Gantung lesen kali pertama selama 6-8 bulan
  3. 20 mata ketiga – Gantung lesen kali kedua selama 8-10 bulan
  4. 20 mata keempat – Gantung lesen kali ketiga selama 10-12 bulan
  5. Sekiranya telah digantung lesen sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun lesen akan dibatalkan
  6. Bagi pemegang lesen percubaan (P) lesen percubaan akan dibatalkan sekiranya mengumpul 20 mata atau lebih

Kesan Penggantungan/ Pembatalan Lesen Memandu

  1. Tidak boleh memandu dalam tempih penggantungan / pembatalan
  2. Tidak boleh memohon lesen memandu apa-apa kelas dalam tempih penggantungan/ pembatalan
  3. Lesen memandu dan kenderaan pemandu akan disenaraihitamkan dalam tempoh penggantungan/ pembatalan

Cara Mengurangkan Mata Demerit

Pemandu yang mempunyai mata demerit kurang dari 20 mata (belum digantung) boleh mengurangkan mata demerit mereka sebanyak 50% dengan cara berikut:

  1. Bersih daripada melakukan sebarang kesalahan demerit dalam tempoh satu tahun (12 bulan) sejak kesalahan terakhir
  2. Mengikuti kursus pemulihan anjuran JPJ dan lulus kursus tersebut

Mata Demerit Yang Dikenakan Bagi Kesalahan Tidak Mematuhi Lampu Isyarat

Orang kena sama (OKS) diberi tempoh 60 hari untuk membayar kompaun sebanyak RM 300 dan mata demerit juga akan dikenakan. Jika tidak membayar dalam tempoh diberikan, kes akan dibawa ke mahkamah. Jadual di bawah merupakan mata demerit yang dikenakan:

Pemandu Kenderaan Motor
Pemandu Kenderaan Barangan Dan Bas
4 mata
6 mata

Mata Demerit Yang Dikenakan Bagi Kesalahan Melebihi Had Laju

4 mata jika melebihi 40 km/j
6 mata jika melebihi 40 km/j
3 mata jika melebihi 25-40 kn/j
 5 mata jika melebihi 25-40 km/j
2 mata jika melebihi 1-25 kn/j
 4 mata jika melebihi 1-25 km/j