Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Tali leher merupakan sejenis aksesori pakaian yang sinonim dengan formaliti. Kebiasaannya tali leher dipakai oleh para pekerja profesional, pelajar sekolah rendah/ menengah atau untuk situasi-situasi formal seperti menghadiri sesi temuduga kerja, mesyuarat dan majlis korporat. Ia merupakan pakaian kaum lelaki tetapi dalam sesetengah jenis persalinan pakaian, ia sesuai untuk kaum perempuan juga.
Material yang digunakan untuk menghasilkan tali leher kebiasaannya terdiri daripada sutera atau poliester yang memiliki warna dan corak tertentu. Antara jenis tali leher adalah skinny tie, bowtie, western bowtie, bolo tie dan ascot. Kesemua tali leher ini berbeza dari segi rekaannya, cara pemakaiannya serta kesesuaian situasi/ keraian untuk menggayakannya.
Namun begitu, tali leher yang biasa dipakai dalam kalangan masyarakat adalah tali leher tradisional yang biasa kita lihat samada four in hand, the seven fold atau skinny. Ia mempunyai bentuk lurus yang bermula dari pangkal yang lebih kecil ke hujung yang lebih lebar dan dipakai di tengah-tengah bahagian hadapan badan dengan cara mengikatnya di keliling leher dan hujungnya dibiarkan jatuh mencecah pinggang.
Tidak seperti memakai baju atau seluar yang hanya perlu disarung, untuk memakai tali leher, seseorang individu perlu mengikatnya dengan cara yang betul agar kelihatan kemas dan rapi. Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali leher dengan mudah yang dapat dipelajari oleh semua kaum lelaki terutamanya yang biasa memakai tali leher saban hari. Oleh itu, buat yang berminat boleh merujuk Cara Memakai Tali Leher atau Panduan Ikat Tie yang dikongsikan.
CARA IKAT TALI LEHER MUDAH DAN BETUL (SEKOLAH ATAU KERJA)
Semua perkara susah akan menjadi mudah sekiranya dipelajari dan didalami. Begitu juga cara mengikat tali leher. Berikut merupakan beberapa cara mengikat tali leher yang mudah untuk dipelajari dan difahami
PANDUAN MENGIKAT TALI LEHER | ||
Terdapat empat teknik mengikat tali leher yang asas iaitu: | ||
TEKNIK LAIN UNTUK MENGIKAT TALI LEHER | ||
Bagi yang ingin mencuba atau mempelajari cara-cara mengikat tali leher selain daripada empat cara di atas, berikut dikongsikan langkah-langkahnya: | ||
TIPS PEMAKAIAN & PEMILIHAN TALI LEHER | ||
| Berikut dikongsikan tips dan panduan pemakaian serta pemilihan tali leher yang betul: | ||
| Hujung tali leher yang dipakai mestilah betul-betul berada di atas kepala talipinggang (belt buckle) seperti dalam gambar tengah untuk cara pemakaian yang betul. Jika tidak, rujuk tips berikut untuk penyelesaiannya: | ||
Terlebih Pendek | ||
Terlebih Panjang | ||
Lebar | ||
Panjang | ||
Tubuh Besar/Lebar | ||
Tubuh Kecil/Kurus | ||
Bukaan Kolar Kurang Lebar Atau Berbutang | ||
Bukaan Kolar Sederhana Lebar | ||
Bukaan Kolar Lebar | ||
Baju Kosong + Tali Leher Kosong | ||
Baju Bercorak + Tali Leher Kosong | ||
Baju Bercorak + Tali Leher Bercorak | ||
JENIS-JENIS TALI LEHER | ||
Terdapat pelbagai jenis tali leher yang boleh disesuaikan untuk acara dan situasi yang berbeza-beza. Antaranya adalah: | ||
| Merupakan tali leher standard yang paling biasa dipakai. Sesuai untuk kebanyakan jenis pakaian formal dan keraian rasmi | ||
| Secara umumnya tali leher skinny atau skinny tie adalah sama dengan tali leher traditional melainkan saiznya yang lebih tirus dan kurang lebar berbanding tali leher traditional. Ia sering digunakan oleh golongan muda dan sesuai untuk menjadikan suatu-suatu persalinan pakaian itu lebih bergaya | ||
| Bowtie adalah sejenis reben yang diperbuat daripada fabrik yang diikat di keliling kolar. Ia biasa dipakai dengan tuksedo dan baju berkolar pendek | ||
| Western Bowtie terkenal sebagai tali leher yang dipakai oleh Colonel Sanders, pengasas KFC dan sangat jarang dipakai oleh orang lain. Namun begitu, ia kelihatan menarik dan sesuai dipakai dengan persalinan sut | ||
| Tali leher Ascot, atau dikenali sebagai Ascot sahaja berasal daripada pakaian keturunan orang British dan terkenal sebagai pakaian tradisi dalam resam perkahwinan orang British dan orang Scottish | ||
| Bolo Tie merupakan tali leher yang paling berbeza berbanding tali leher yang lain. Secara asasnya, bolo tie adalah seutas tali yang diperbuat daripada apa-apa bahan atau material, yang mempunyai sejenis perhiasan logam di tengah-tengahnya. Bolo tie sering dapat dilihat dalam persalinan pakaian koboi | ||