SAPS ibu bapa pelajar 2024 sistem analisis peperiksaan sekolah

Tahukah anda keputusan ujian dan keputusan markah / gred peperiksaan dalaman bagi sekolah rendah dan menengah setiap sekolah di seluruh Malaysia boleh di semak dan diketahui secara dalam talian (online). Caranya mudah dengan Login SAPS Ibu Bapa 2024 iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang merupakan sebuah sistem aplikasi dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berperanan mengumpul, menyimpan selain menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS juga diperkenalkan bagi mengelakkan permintaan yang tinggi terhadap data peperiksaan di sekolah.

Sebagai satu sistem yang berpusat, SAPS memudahkan pihak-pihak yang terlibat terutamanya guru-guru tidak perlu lagi membuat analisis dan pengiraan data secara manual sekali gus dapat menjimatkan masa. Guru kelas dan guru mata pelajaran hanya perlu memasukkan data seperti maklumat pelajar dan maklumat mata pelajaran ke dalam SAPS dan sistem tersebut akan memproses data dan menunjukkan keputusan analisa.

Selain memudahkan para guru, data-data peperiksaan yang dibekalkan ke sistem SAPS akan dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan yang terbabit untuk memperbaiki cara pengajaran bagi meningkatkan prestasi murid-murid atau pelajar di sekolah masing-masing melalui indikator analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

Login SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Persekolahan Tahun 2024

Kenapa disebut Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa? Ini kerana Ibu bapa turut mendapat kebaikan melalui sistem SAPS dimana ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian peperiksaan sekolah anak masing-masing secara online sekali gus dapat memantau prestasi pembelajaran anak-anak dan secara tidak langsung terlibat dengan perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah.

Bagi ibu bapa atau pelajar sendiri yang mahu membuat semakan keputusan markah, gred bagi ujian dan peperiksaan dalaman sekolah, anda boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk melakukan sedemikian. Ibu bapa juga boleh memuat turun (download) slip keputusan ujian peperiksaan anak masing-masing melalui SAPS.

Di situ juga ibu bapa dapat melihat maklumat seperti kehadiran pelajar (jumlah hari), bilangan mata pelajaran pelajar mendaftar, jumlah markah, kedudukan dalam kelas / darjah, peratus gred purata serta keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran agar dapat memantau perkembangan prestasi pelajar sekaligus boleh membantu menambah kecemerlangan para pelajar.

Sebagai rujukan dan kemudahan ibu bapa untuk mendapatkan informasi berkenaan, berikut adalah panduan ringkas berhubung dengan penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Disediakan juga pautan untuk para guru memasukkan markah para pelajar ke sistem SAPS.

Untuk makluman, keputusan peperiksaan-peperiksaan utama seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak di dalam sistem SAPS Ibu Bapa. Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan melalui aplikasi online di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Langkah-langkah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun serta Trial Exam di SAPS secara online adalah seperti berikut :-

Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Bagi ibu bapa atau pelajar sendiri, sila layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dengan klik pada judul pautan di bawah untuk cara untuk buat semakan.

SAPS Semakan Ibu Bapa / Pelajar

Semak Slip Keputusan Peperiksaan Pelajar

Untuk para guru, sila klik pada pautan di bawah untuk memasukkan senarai nama data pelajar ke dalam SAPS.

Guru

Kemasukan Data Pelajar

Kemungkinan besar pengguna atau ibu bapa akan mengalami masalah untuk membuat capaian pada pautan di atas. Hal ini kerana kadar pengguna lain akses pautan adalah tinggi.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah untuk mengakses sistem SAPS NKRA, pastikan anda telah memadam atau clear browsing cache di pelayar internet yang digunakan.

Jika masih tidak berjaya untuk mengakses dan paparan di pelayar internet menunjukkan Your Connection is not private”, anda perlu mengikuti panduan seperti berikut:

Klik butang Advanced seperti gambar di bawah:

Seterusnya klik butang Proceed seperti gambar di bawah untuk ke paparan seterusnya.

Berikut adalah muka paparan sistem SAPS ibubapa. Pengguna perlu memasukkan nombor kad penganalan atau sijil lahir anak tanpa tanda ‘-‘ :

Pilih negeri sekolah anak anda dan nama sekolah:

Klik butang semak laporan kemudian anda akan dibawa ke submenu seperti berikut. Pilih jenis peperiksaan yang hendak disemak.


Klik Papar Slip Keputusan untuk paparan yang terperinci seperti markah setiap subjek yang diambil, gred serta markah kesuluruhan sama ada lulus atau gagal. Kedudukan dalm kelas juga dapat dilihat di sini.

Bagi melihat analisa peperiksaan SAPS pula yang menunjukkan keputusan bagi kesemua peperiksaan yang diambil pada tahun tersebut, sila klik butang Papar Markah Peperiksaan. Paparan seperti gambar di bawah akan ditunjukkan

Takwim Pengisian Markah Peperiksaan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah Dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Markah-markah bagi setiap peperiksaan dan ujian hanya boleh dilihat setelah para guru memasukkan markah ke dalam sistem. Kemasukan markah akan mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:
Gred markah peperiksaan mengikut jenis sekolah :-

Tafsiran Dan Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Rendah

Berikut merupakan gred pemarkahan bagi pelajar sekolah rendah untuk rujukan murid dan ibu bapa:

Julat MarkahGredCatatan
80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DMencapai Tahap Minimum
0-39EBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir

Tafsiran Dan Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Menengah Rendah

Berikut merupakan gred pemarkahan bagi pelajar sekolah menengah rendah untuk rujukan murid dan ibu bapa:

Julat MarkahGredCatatan
85-100ACemerlang
70-84BKepujian
60-69CBaik
50-59DMemuaskan
40-49EMencapai Tahap Minimum
0-39FBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir

Tafsiran Dan Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Menengah Atas

Berikut merupakan gred pemarkahan bagi pelajar sekolah menengah atas bagi rujukan pelajar dan ibu bapa:

Julat MarkahGredCatatan
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
0-39GGagal
THTHTidak Hadir

Sebarang maklumat terkini dan maklumat berkaitan yang tepat seperti SUP sekolah serta pengumuman penting, sila layari Portal Utama SAPS, klik pada pautan di bawah

https://sapsnkra.moe.gov.my

Related : meja saps ibu bapa semakan keputusan peperiksaan, menganalisis data markah peperiksaan pelajar lebih teratur
kod akses untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak
perlu memasukkan markah peperiksaan pelajar lebih teratur
negeri daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk
pihak sekolah
masukkan nombor sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar
kad pengenalan pelajar perlu login semakan saps ibu bapa no kad pengenalan ibu bapa atau penjaga saps ibu bapa 2020 sila rujuk, setiausaha peperiksaan, masukkan nombor, laman web, ejaan nama key in, bilangan murid, secara atas talian, aplikasi pangkalan data murid apdm, untuk memasukkan markah peperiksaan pelajar, 5 dan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia, guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi saps
dibangunkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm untuk menjadikan laporan markah peperiksaan pelajar lebih teratur
negeri daerah dan nama
dibangunkan oleh kementerian pendidikan malaysia kpm untuk
login saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space
slip keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia
berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan id atau kata laluan semasa
setiausaha peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia
mohon bantuan pegawai meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space
klik butang semak dan anda akan dibawa
kelas tidak sama dengan bilangan markah peperiksaan yang dimasukkan
gps 0 bilangan lulus 0, kod akses atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space
darjah 1 hingga darjah 6