Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (ANM) berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji tahun 2020 telah dikeluarkan.
Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2020 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian / Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2020 KAKITANGAN AWAM KERAJAAN
Jadual bayaran gaji bulanan ini penting buat kakitangan awam berikutan ia dapat membantu Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih teratur selain membuat simpanan kewangan peribadi.
Pelaksanaan pembayaran gaji kakitangan awam kerajaan adalah melalui Sistem Gaji Berkomputer. Segala urusan ini akan diuruskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan juga Pejabat Perakaunan (AO).
Antara tanggungjawab PTJ adalah memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (AO) dikemaskini dan diproses secara berasingan, menyemak maklumat fail induk gaji dan membetulkan maklumat jika perlu dan lain-lain tanggungjawab seperti yang tertulis di Surat Pekeliling Akauntan Negara.
Untuk pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari bayaran mestilah diproses pada satu haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya.
Berikut adalah perincian tarikh bayaran gaji dalam jadual pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2020.
JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2020 | ||
| Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2020 adalah seperti berikut: | ||
| Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari | ||
16.1.2020 Khamis | 24.02.2020 Isnin | 25.03.2020 Rabu |
| Hari Gawai 1 & 2 Jun | ||
| Hari Raya Aidilfitri 24 & 25 Mei Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei | ||
23.4.2020 Khamis | 14.5.2020 Khamis | 22.06.2020 Isnin |
| Hari Raya Aidiladha 31 Julai & 1 Ogos | ||
23.07.2020 Khamis | 25.08.2020 Selasa | 24.09.2020 Khamis |
| Hari Deepavali 27 Oktober | ||
26.10.2020 Isnin | 25.11.2020 Rabu | 17.12.2020 Khamis |
| Hari Krismas 25 Disember | ||
Untuk maklumat lanjut, sila rujuklampiran berikut dan surat pekeliling dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia
LAMPIRAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2020 | ||
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia | Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2020 |
