Bonus Tabung Haji 2022-2023 kadar peratus agihan pendapatan

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Pengkreditan bonus (hibah) akan disalurkan ke dalam akaun Tabung Haji para pendeposit pada tarikh yang akan dikemaskini. Pada tahun lepas boleh dilakukan pada tarikh 27 Februari 2022.

Simpanan di Tabung Haji (TH) pada asasnya adalah simpanan untuk menunaikan Rukun Islam kelima iaitu haji. Sebagai makluman, TH sentiasa melaksanakan transformasi dan penambahbaikan perkhidmatan bagi memudahkan para pendeposit membuat tabungan mereka.

Simpanan di TH adalah mudah dan dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

KADAR JUMLAH PENGAGIHAN PENDAPATAN PERATUS BONUS (HIBAH) TABUNG HAJI TAHUN 2022

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 telah diumumkan pada 28 April 2023.

GCarian akan mengemaskini maklumat terkini yang berkaitan dalam ruangan di bawah.

TARIKH PENGUMUMAN BONUS (HIBAH) TABUNG HAJI TAHUN 2022

Tarikh : 28 April 2023

Waktu : 11:00 Pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan selepas pengumuman dari Lembaga Tabung Haji (TH).

KADAR PERATUS BONUS (HIBAH) TABUNG HAJI TAHUN 2022

TahunHibah TahunanHibah Haji
20223.10%

Bonus haji (Hibah Haji) adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa.

REKOD KADAR PERATUS BONUS (HIBAH) TABUNG HAJI TAHUN 2021 – 1994

TahunHibah TahunanHibah Haji
20213.10%
20203.10%
20193.05%
20181.25%
20174.5%1.75%
20164.25%1.5%
20155%3%
20146.25%2%
20136%2%
20126.5%1.5%
20116%1.5%
20105.5%1.5%
20095%1.5%
20085%1.5%
20075%2%
20064.75%2%
20054.5%2%
20044.3%2%
20034%2%
20023.5%2%
20013.25%2%
20005.5%2%
19998%2%
19988%2%
19979.5%2%
19969.5%2%
19959.5%2%
19949.5%2%

Bonus tahunan (Hibah Tahunan) adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa yang diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.

Bonus haji (Hibah Haji) adalah bonus (hibah) khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka. Majoriti pendeposit mendapat bonus haji ini.

INFO BERKAITAN