Tarikh bila bayaran duit BSH 2020 dapat Bantuan Sara Hidup Rakyat

Sejarah telah tercipta di bumi Malaysia yang bertuah ini. Setelah 60 tahun Barisan Nasional memerintah Malaysia, akhirnya pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) rakyat telah memilih untuk beralih kepada pucuk pimpinan yang baharu, Pakatan Harapan. Pakatan Harapan yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu kembali menerajui parti yang baharu dan berjaya menumbangkan Barisan Nasional dengan majoriti mudah.

Pasca pilihan raya menyaksikan pelbagai pembaharuan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Menerusi sidang media oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH).

Fasa pertama BSH akan diagihkan bermula 20 Januari mengikut penerima kategori isi rumah yang telah berdaftar di pangkalan data BSH 2019. Katanya lagi kerajaan komited untuk memberi BSH kepada golongan sasar B40 namun proses pemutihan untuk mengeluarkan penerima yang bukan B40 mengambil masa. Oleh itu untuk fasa pertama ini kerajaan akan menggunakan data lama dan kaedah lama dalam membuat pengagihan bantuan.

Pengagihan BSH fasa pertama ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan memanfaatkan lebih 3.8 juta penerima. BSH menfokuskan kepada golongan B40 yang berpendapatan RM 2,000 seisi rumah akan menerima sebanyak RM 1,000. Isi rumah yang berpendapatan antara RM2,001 dan RM3,000 akan mendapat bantuan RM750 manakala bagi isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 pula akan mendapat bantuan RM500. Penerima akan menerima wang melalui akaun bank yang telah didaftarkan. Pengagihan fasa 2 dijangka akan mensasarkan golongan B40 sebaik sahaja data penerima dikemas kini oleh kerajaan.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Mengikut Fasa

Info Terkini: Bayaran  Tambahan BSH RM100

Menurut Laman Web Rasmi BSH:

1) Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank serta dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020

2) Menurut siaran media Kementerian Kewangan pada 20 Julai 2020, bayaran BSH Fasa 3 akan bermula pada 24 Julai 2020

3) Permohonan baharu BSH yang layak tetapi tidak menerima bayaran pada Fasa 1 dan 2 akan menerima bayaran mengikut kategori secara sekaligus pada pembayaran BSH Fasa 3

Pengumuman mengenai BSH dalam Pelan Ransangan Ekonomi Covid-19 oleh Tun Dr. Mahathir:

1) Bayaran BSH Fasa-2 (Mei 2020) akan diawalkan kepada bulan Mac 2020 sebanyak RM200

2) Tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020 serta tambahan RM50 disalurkan secara e-tunai

Kerajaan telah menetapkan pembahagian Bantuan Sara Hidup dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan gaji penerima. Berikut merupakan tarikh pembayaran  Bantuan Sara Hidup Rakyat mengikut kategori yang ditetapkan seperti dalam jadual pembayaran BSH 2020 di bawah.

Tarikh Bayaran BSH 2020

I) PENERIMA BSH 2019

KATEGORI 1 | ISI RUMAH

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
1,000 + 120/anak
Peringkat Bayaran
Fasa 1 30020 Januari
Fasa 2  20016 Mac 2020
Fasa 3 + Tambahan500 + 10024 Julai 2020

KATEGORI 2 | ISI RUMAH

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
750 + 120/anak
Peringkat Bayaran
Fasa 1 30020 Januari
Fasa 2 20016 Mac 2020
Fasa 3 + Tambahan250 + 10024 Julai 2020

KATEGORI 3 | ISI RUMAH

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
500 + 120/anak
Peringkat Bayaran
Fasa 1 30020 Januari
Fasa 2 20016 Mac 2020
Fasa 3 + Tambahan 10024 Julai 2020

2) PENERIMA BAGI PERMOHONAN BAHARU BSH 2020

KATEGORI 1 | ISI RUMAH

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
1,000 + 120/anak
Peringkat Bayaran
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 31,000 + 10024 Julai 2020

KATEGORI 2 | ISI RUMAH

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
750 + 120/anak
Peringkat Bayaran
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3750 + 10024 Julai 2020

KATEGORI 3 | ISI RUMAH

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
500 + 120/anak
Peringkat Bayaran
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3500 + 10024 Julai 2020

KATEGORI 4 | Bujang dan OKU

Isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah
300 
Peringkat Bayaran
One-off + Tambahan300 + 10024 Julai 2020

Kategori Dan Syarat Penerima Serta Jumlah Bantuan BSH 2020

1,000

KATEGORI 1 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

750

KATEGORI 2 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000

500

KATEGORI 3 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 

120

KADAR TAMBAHAN | SETIAP ANAK
Berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
Untuk setiap anak (berumur 18 tahun ke bawah sahaja)
Bagi anak kelainan upaya (OKU) tiada had umur
Dihadkan kepada (4) empat orang anak sahaja

 300

KATEGORI 4 | BUJANG DAN OKU
Berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
Bujang berumur 40 tahun ke atas
OKU berumur 18 tahun ke atas

Tarikh yang disediakan di atas adalaha berdasarkan maklumat di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM

Untuk bayaran RM120/anak dan tambahan RM50 (eTunai), maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

FAQ

Mulai 30 Mei 2018 nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

  1. Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup boleh berubah mengikut ketetapan daripada pihak kerajaan
  2. Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat, penerima boleh lawati laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup seperti di bawah:
  3. Pengumuman pertukaran tarikh agihan Bantuan Sara Hidup Rakyat akan dihebahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
  4. Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dengan kadar segera dilaman ini

Info Berkaitan