Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
AEON merupakan antara pasaraya terkenal di Malaysia yang namanya tidak asing lagi bagi kita. Sebut sahaja AEON, pasti semua orang pernah mendengarnya. AEON yang dahulunya dikenali sebagai JUSCO merupakan peruncit terbesar di rantau Asia. Ia merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada 300 buah anak syarikat dan 26 syarikat ekuiti yang merangkumi kedai serbaneka “Ministop”, pasaraya, pusat beli-belah dan kedai-kedai khusus.
Ramai yang tahu tentang AEON, tetapi bagaimana pula dengan servis atau perkhidmatan yang disediakan? Salah satu perkhidmatan yang dapat digunakan oleh para pelanggan untuk membeli-belah di AEON adalah penggunaan kredit khas yang disediakan oleh AEON Credit Service.
Umum mengetahui bahawa AEON Credit Service menyediakan perkhidmatan hutang (pinjaman) kepada para pelanggan melalui kad kredit, insurans, ansuran bulanan, dan pinjaman peribadi. Namun begitu, mereka tidak bertindak sebagai suatu institusi kewangan. Perkara ini disebabkan keuntungan mereka hanya diperoleh menerusi faedah atau interest dari pihak pemiutang dan terhad untuk beberapa perkhidmatan sahaja.
Buat makluman semua, terdapat dua cara untuk membuat semakan baki AEON Kredit iaitu melalui semakan atas talian/ online dan secara SMS dengan menggunakan telefon pintar.
Hal ini dapat memudahkan para pelanggan sekiranya terlupa samada masih ada baki atau tidak di dalam akaun mereka agar dapat menyemak jumlah kredit yang tinggal di mana-mana saja mereka berada.
SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON KREDIT ONLINE DAN SMS
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Baki AEON Kredit yang merangkumi langkah-langkah untuk membuat semakan secara atas talian/online dan menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS:
Untuk membuat semakan baki kredit AEON secara online, kepada yang sudah mempunyai akaun boleh Log Masuk melalui Laman Web Utama AEON Credit pada pautan berikut:
SEMAKAN BAKI AEON KREDIT SECARA ONLINE | |
LOG MASUK KE LAMAN WEB AEON CREDIT | |
| Bagi para pelanggan yang belum memiliki akaun untuk Log Masuk ke Laman Web Utama AEON Credit, lengkapkan pendaftaran melalui pautan ini: | |
DAFTAR DI LAMAN WEB AEON CREDIT | |
| Isikan nombor kad pengenalan kemudian klik SUBMIT | |
Bagi memudahkan lagi urusan para pelanggan, baki AEON kredit dapat disemak menggunakan telefon pintar sahaja melalui SMS. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
SEMAKAN BAKI AEON KREDIT MELALUI SMS | ||
| Sebagai contoh: AEON Keyword (4-digit terakhir No. IC) Panduan bagi inquiry Credit Card adalah seperti berikut: Keywords: Status Permohonan : AEON CCSTS 1234* **5678 = 4 digit terakhir nombor kredit kad *1234 = 4 digit terakhir nombor I.C. atau passport AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry Keywords: Status Permohonan : AEON STS 1234* Kadar dan Caj: Caj biasa: Satu SMS dicaj RM0.15 | ||
MAKLUMAT LANJUT |
| Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah: |
