Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Kerajaan sedang dalam usaha untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Oleh itu pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dengan menyediakan inisiatif pinjaman perumahan berpandukan pendapatan sebulan peminjam. Salah satu badan yang diberi kepercayaan untuk mentadbir pinjaman perumahan adalah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). LPPSA merupakan badan berkanun yang mentadbir pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan dalam sektor awam.

Kakitangan awam yang telah membuat pinjaman boleh membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui dua cara iaitu online dan aplikasi MyFinancing. Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) merupakan satu sistem yang disediakan oleh LPPSA khusus untuk peminjam membuat semakan baki pinjaman mereka secara mudah dan tepat.

Bermula dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenamakan semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan penjenamaan semula ini, bantuan khas boleh disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berkelayakan untuk membuat pinjaman rumah yang berharga sehingga RM 750,000. Beberapa inisiatif baru juga telah diperkenalkan bertujuan memudahkan pemohon untuk membuat pinjaman perumahan.

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Secara Online

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan untuk baki pinjaman perumahan kerajaan LPPSA. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua cara untuk membuat semakan, pertama secara online dan kedua adalah melalui aplikasi MyFinancing. Sila rujuk langkah di bawah untuk membuat semakan:

Cara Membuat Pendaftaran Akaun LPPSA

Berikut merupakan cara pendaftaran pengguna baru:

  1. Klik pautan yang disediakan di bawah untuk membuat pendaftaran

PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGGUNA BARU

2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Maklumat yang bertanda * adalah ruangan yang wajib diisi

3. Tandakan pada kotak terma dan syarat sebagai tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat kemudian tekan butang daftar

4. Pengguna yang telah mendaftar boleh mengakses perkhidmatan seperti berikut:

  • Semakan status permohonan baru
  • Status baki pinjaman
  • Penyata tahunan
  • Bayaran balik pinjaman
  • Status bayaran kemajuan
  • Penyata tahunan

Cara Membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Selesai membuat pendaftaran, maklumat anda sudah berada dalam sistem. Semakan boleh dibuat secara online dan sms. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan

SEMAKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

2. Masukkan no kad penggenalan/no pasport dan kod captcha kemudian tekan butang semak

Cara Membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui Aplikasi MyFinancing

Cara membuat semakan menggunakan aplikasi mudah alih MyFinancing adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyFinancing secara percuma melalui pautan di bawah:
    1. MyFinancing (IOS)
    2. MyFinancing (Android)
  2. Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA sebelum memuat turun aplikasi MyFinancing
  3. Untuk log masuk pengguna pertama kali, anda boleh merujuk Manual Pengguna MyFinancing sebagai panduan
  4. Selepas log masuk, paparan utama yang merangkumi maklumat pembiayaan pengguna akan dipaparkan 

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah berkaitan semakan baki pinjaman perumahan kerajaan, sila rujuk maklumat dibawah:

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya