Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Menuntut ilmu merupakan sesuatu yang fardhu dalam agama islam. Galakkan untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina telah ditekankan dalam agama kita. Oleh itu, ibu bapa yang berkemampuan harus untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menghebahkan berita baik buat rakyat Terengganu. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu telah dibuka. Demi kemudahan ibu bapa juga, permohonan dan semakan permohonan boleh dilakukan secara atas talian.
Untuk pengetahuan, Unit ICT JHEAT di bawah seliaan Bahagian Pendidikan telah membangunkan aplikasi laman sesawang permohonan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dan juga Madrasah Moden MAIDAM. Tujuan aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka ke SMA Terengganu. Ibu bapa hanya perlukan capaian internet untuk membuat permohonan dan juga semakan permohonan. Disertakan juga syarat kelayakan untuk menjadi sebahagian daripada pelajar SMA Terengganu.
Ambilan pelajar baru dibuka untuk kemasukan pelajar ke tingkatan 1, 4 dan tingkatan 6. Reputasi SMA Terengganu amat memberangsangkan dan mendapat permintaan tinggi ibu bapa. Ibu bapa yang inginkan anak mereka mahir dalam ilmu agama dan juga ilmu sains digalakkan untuk mendaftarkan anak mereka kerana reputasi yang cemerlang ditunjukkan sekolah akhir-akhir ini.
SEMAKAN KEPUTUSAN SMA TERENGGANU 2021 ONLINE SMANT & MAIDAM
Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke SMA Terengganu serta tarikh-tarikh penting SMA Terengganu:
TARIKH UJIAN PKSK KEMASUKAN KE SMANT 2021 | ||
| Mula | Akhir | |
12 Oktober 2020 | 23 Oktober 2020 | |
CARA MEMBUAT SEMAKAN UJIAN BERTULIS SMANT | |||||||
| Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan ujian bertulis samada anda layak atau tidak | |||||||
SEMAKAN UJIAN BERTULIS SMANT | |||||||
TARIKH DAN LOKASI UJIAN BERTULIS | |
| Tarikh | Perkara |
| 12 Oktober - 23 Oktober 2020 | Sesi ujian bertulis akan diadakan di Pusat PKSK yang ditetapkan |
TARIKH KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SMANT 2021 | ||
| Buka | Jam | |
15 Januari 2021 | 9 Pagi | |
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SMANT 2021 | ||||
| Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan permohonan anda | ||||
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMANT | ||||
TARIKH PENDAFTARAN KE SKOLAH-SEKOLAH SMANT TINGKATAN 1 2021 | |
| Tarikh | Perkara |
| 15 Januari 2021 | Sekolah Menengah Agama Terengganu |
| 15 Januari 2021 | SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu |
| 15 Januari 2021 | Madrasah Moden MAIDAM Terengganu |
| 15 Januari 2021 | Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) |
