Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan penubuhan SBP adalah untuk membantu dan memberi peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar untuk mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Namun kini, pengambilan pelajar SBP telah dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.
Peratusan pengambilan pelajar SBP kini telah menjadi 90% untuk pelajar bumiputera dan 10% lagi untuk pelajar bukan bumiputera. Peratusan ini diguna pakai di semua SBP di Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.
Seperti sekolah asrama lain di Malaysia, waktu belajar pelajar SBP telah diaturkan dan adalah menjadi kewajipan pelajar untuk mematuhi jadual yang telah disediakan. Kemudahan belajar juga telah disediakan seperti kelas, perpustakaan, bilik ulangkaji dan banyak lagi kemudahan yang selesa. Asrama juga diwajibkan kepada semua pelajar SBP. Pelajar diberi makan dan minum sebanyak lima kali sehari dan makanan yang disediakan juga dipantau bagi memastikan pelajar mendapat makanan yang bersih dan sihat.
Pelajar SBP terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kebanyakan SBP menyediakan aliran sains tulen dan ada beberapa SBP menawarkan subjek tambahan untuk pelajar pelajari jika mereka mahu. SBP boleh didapati diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sejak penubuhan SBP, sekolah ini telah melahirkan ramai ilmuwan, tokoh, pemimpin malah usahawan berjaya lahir dari SBP. Produk SBP ini telah menyumbang kepada masyarakat setelah mereka berjaya ketika zaman persekolahan mereka. Setiap tahun juga ramai pelajar SBP cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SBP juga saban tahun menjadi sekolah cemerlang tidak kira dari segi akademik mahupun sahsiah.
Pengambilan pelajar baharu SBP boleh dilakukan secara atas talian. Pelajar yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga SBP boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan secara atas talian atau berhubung dengan sekolah masing-masing. Kemasukan ke SBP adalah terhad dan pelajar yang menepati syarat yang telah digariskan akan dipanggil ke Ujian Kemasukan SBP sebelum diterima masuk sebagai pelajar SBP.
RANKING SBP TERBAIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI MALAYSIA UNTUK KEPUTUSAN SPM
Berikut dikongsikan senarai SBP terbaik Malaysia berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS) hasil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019. Turut dikongsikan adalah ranking SBP berdasarkan result SPM 2018 sebagai perbandingan.
SENARAI RANKING SBP TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2019/ 2018 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|