Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Rumah merupakan aset penting yang menjadi idaman setiap individu. Pada masa kini, harga barang keperluan semakin meningkat. Turut terkesan adalah harga rumah tidak kira rumah pangsapuri mahupun rumah teres harga rumah kini semestinya tidak sama dengan harga rumah yang dibeli 10 tahun dahulu. Untuk memiliki rumah anda perlu menyediakan ratusan ribu ringgit bagi mencapai matlamat untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa jenis pinjaman dengan bantuan kerajaan bagi meringankan beban rakyat untuk memiliki rumah.
Selain daripada bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri juga tidak ketinggalan untuk memberikan bantuan kepada rakyat negeri masing-masing dalam usaha memiliki rumah sendiri. Terbaru kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan berita gembira khusus untuk rakyat mereka. Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu kini boleh dimohon secara atas talian/ online melalui Portal Rasmi e-Perumahan Terengganu.
Bagi mereka yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan. Beberapa dokumen juga perlu disediakan dan disahkan bagi melengkapkan permohonan. Untuk memudahkan urusan permohonan, segala urusan dilakukan secara atas talian (online).
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU (E-PERUMAHAN SUK TERENGGANU)
Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan online rumah mampu milik Negeri Terengganu merangkumi pautan borang, syarat kelayakan dan cara hubungi.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU | |||||||||||
| Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan rumah mampu milik Terengganu serta panduan cara-cara membuat permohonan secara online: | |||||||||||
| Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik Terengganu dibangunkan di kawasan-kawasan berikut :- | |||||||||||
| Besut | Dungun | Kemaman | |||||||||
| Kuala Terengganu | Marang | Hulu Terengganu | |||||||||
| Setiu | Kuala Nerus | ||||||||||
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU ONLINE
| |||||||||||
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU | ||
PERTANYAAN | ||
| Sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diajukan, sila hubungi di alamat dan nombor telefon di bawah: | ||
| Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan), Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu | ||
| Tel: 09-6267 999 / 09-6317 999 | ||
