Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Memiliki rumah sendiri adalah idaman semua. Rumah merupakan sebuah aset yang penting dalam kehidupan. Sedar akan kepentingan ini, kerajaan persekutuan wujudkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat memiliki rumah. Antaranya ialah PR1MA, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan banyak lagi. Terdapat juga inisiatif daripada kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat memiliki rumah. Sebagai contoh kerajaan negeri Pahang telah mengumumkan inisiatif bantuan terbuka kepada rakyat negeri Pahang terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Inisiatif bantuan tersebut dinamakan Program Perumahan Awam Negeri Pahang Darul Makmur.
Program yang diselia dibawah kerajaan negeri ini memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang yang layak untuk memiliki rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah. Permohonan boleh dibuat secara atas talian jika pemohon menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Untuk Projek Perumahan Kos Rendah, ia akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara yang juga merupakan pelaksana utama projek-projek PPR seluruh Malaysia. Projek Perumahan Kos Sederhana pula akan dilaksanakan oleh pemaju swasta.
Kerajaan negeri Pahang telah menetapkan syarat kepada pemaju swasta untuk Projek Perumahan Kos Sederhana Rendah untuk setiap pembangunanan tanah yang melebihi 5 ekar yang digunakan untuk pembangunan bercampur dan 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina adalah perumahan kos sederhana. Selain itu, kerajaan negeri Pahang juga telah menetapkan bahawa projek rumah ini akan dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu. Kerajaan negeri berharap usaha ini dapat meringankan beban rakyat dan mampu membantu golongan yang benar-benar memerlukan sekaligus dapat meningkatkan kadar pemilikan rumah oleh rakyat.
PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH NEGERI PAHANG SECARA ONLINE
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Semoga dapat membantu rakyat negeri Pahang dalam membuat permohonan program rumah kos rendah ini:
SYARAT PERMOHONAN PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG |
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN KOS SEDERHANA RENDAH PAHANG | |
| Terdapat dua jenis permohonan yang boleh dipilih oleh pemohon mengikut kelayakan dan kehendak pemohon. Kedua-duanya boleh dibuat secara online melalui pautan di bawah: | |
PERMOHONAN PROJEK PERUMAHAN AWAM PAHANG | |
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN ONLINE PERUMAHAN AWAM PAHANG | |
SEMAKAN PENDAFTARAN PERUMAHAN AWAM PAHANG | |
ARAHAN MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG |
Alamat untuk menghantar dokumen yang diperlukan |
JENIS DAN SPESIFIKASI RUMAH KOS RENDAH/SEDERHANA RENDAH PAHANG | ||
| TERES | PANGSA | |
| RM 70,000-RM 90,000 per unit | RM 80,000 per unit | |
| 20′ x 60′ (800 kaki persegi) | 1,100 kaki persegi | |
| 3 bilik tidur dan 2 bilik air | 3 bilik tidur dan 2 bilik air | |
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH |
HANTAR PERMOHONAN | ||
| Semua salinan dokumen yang telah lengkap mestilah dihantar ke alamat dibawah dalap tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran: | ||
| Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Tingkat 1, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan | ||
| Atau dimana-mana kaunter Perumahan, Pejabat Daerah dan Tanah | ||
MAKLUMAT LANJUT |
| Jika anda mempunyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan: |
| Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Wisma Sri Pahang, 25503, Kuantan, Pahang. |
Laman Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang |
