Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Pada 2 November 2018 yang lalu, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2019 telah meluluskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Kementerian yang bertanggungjawab ke atas program tersebut adalah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mensasarkan bantuan khusus untuk golongan B40 iaitu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan telah disahkan dalam sistem eKasih. Melalui program ini juga kerajaan akan memperuntukan RM80 juta serta memanfaatkan 185,000 akaun pengguna yang benar-benar memerlukan bantuan.
Program ini adalah penambahbaikkan daripada program yang terdahulu di mana rebat bil elektrik adalah pada kadar RM20 sahaja. Namun pendekatannya lebih kurang sama di mana untuk setiap akaun yang berjumlah bawah daripada RM40 mereka tidak perlu membayar bil tersebut. Jika bil elektrik mereka melebihi daripada RM40, mereka hanya perlu membayar jumlah lebihan setelah ditolak RM40 sahaja. Kementerian berharap usaha ini dapat mensejahterakan kehidupan rakyat terutama golongan miskin tegar dan miskin di Malaysia.
Untuk pengetahuan, pendaftaran program ini boleh dibuat melalui sistem eKasih atau Ketua Isi Rumah (KIR) boleh membuat pendaftaran di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing. Menurut MESTECC, pengguna yang berdaftar di sistem eKasih dan layak tetapi tidak berdaftar dengan TNB/SESB/SEB boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang berserta kad pengenalan dan dokumen sokongan dan di hantar ke mana-mana kedai TNB, Pejabat SESB dan Pejabat SEB terdekat.
SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 PERCUMA SECARA ONLINE
Berikut dikongsikan cara semakan status kelayakan menerima bantuan dan kelayakan untuk memohon program rebat bil elektrik RM40. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh hubungi pihak yang berwajib seperti di bawah:
CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM 40 2020 ONLINE | ||||
| Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan status layak untuk menerima bantuan program ini | ||||
SEMAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 PERCUMA | ||||
SYARAT PERMOHONAN |
| Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon: |
| Sebarang pertanyaan tentang Program Rebat Bil Elektrik RM 40 sila hubungi nombor berikut: | ||
