Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Setelah kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum 14 yang lalu, pimpinan gabungan parti yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sedaya upaya untuk mengotakan janji manifesto mereka. Antara isi manifiesto Pakatan Harapan adalah menyediakan subsidi minyak bersasar. Atas dasar tersebut, dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerajaan telah memperincikan tentang pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP). PSP merupakan program subsidi bahan api kenderaan bersasar berdasarkan data yang diperoleh untuk diberikan kepada golongan yang benar-benar layak terutamanya golongan B40.
Berdasarkan data yang telah dikumpulkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), jumlah bakal penerima PSP dianggarkan berjumlah 2.9 juta orang. Data yang diperoleh ,melalui beberapa badan kerajaan dan kementerian seperti Kementerian Kewangan dan Jabatan Pengangkutan Awam kerajaan dapat memastikan subsidi disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. Terdapat beberapa faktor diambil kira dan juga dijadikan syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini.
Lebih menggembirakan, tarikh pelaksanaan PSP adalah bermula Januari 2020. Untuk makluman, penerima PSP bukan sahaja mereka yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Bukan penerima BSH juga layak mendapat bantuan ini berdasarkan syarat kelayakan yang akan diperincikan kemudian kerana baru sahaja diumumkan pada Belanjawan 2020. Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan PSP secara atas talian di laman sesawang yang telah disiapkan oleh KPDNHEP. Permohonan rayuan juga boleh dilakukan jika nama anda tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima bantuan PSP.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)
| PROGRAM SUBSIDI PETROL DITANGGUHKAN |
| Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol dari Januari 2020 ke suatu tarikh yang akan dikemaskini. |
| Hal ini disebabkan kerajaan ingin memberi ruang terhadap proses pendaftaran penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus iaitu M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan |
Bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima PSP anda boleh membuat permohonan rayuan bagi membolehkan anda menerima bantuan ini. Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan rayuan PSP, tarikh rayuan dibuka, syarat kelayakan dan lain-lain perkara yang berkaitan:
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SUBSIDI PETROL | ||
| Tarikh Permohonan Rayuan PSP Dibuka | ||
15 Oktober 2019 | ||
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN PROGRAM SUBSIDI PETROL | ||
| Cara membuat rayuan PSP boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut: | ||
RAYUAN ONLINE PSP 2020 | ||
KOD STATUS SEMAKAN KELAYAKAN PSP | ||
| KOD | ALASAN | MAKLUMAT PERLU DIKEMASKINI |
| KOD01 | Tiada rekod sebagai penerima BSH | Nama, Nama bank dan no akaun terkini pemohon |
| KOD02 | Alamat pemohon di Sabah/Sarawak | Alamat, negeri dan poskod pemohon |
| KOD03 | Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ | Jenis kenderaan dan no pendaftaran kenderaan pemohon |
| KOD04 | Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan | Jenis kenderaan dan no pendaftaran kenderaan pemohon |
| KOD05 | Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan | - |
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN PSP | |
| Buka | Tutup |
TARIKH BAYARAN DAN MEKANISME PSP | ||
| Tarikh Bayaran PSP Dikreditkan ke Akaun | ||
April 2020 | ||
| Berikut adalah penjelasan secara ringkas mengenai mekanisme pelaksanaan PSP dan tarikh bayaran: | ||
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PSP | ||
| Antara syarat-syarat penerima PSP berdasarkan KPDNHEP (penerima BSH) adalah: | ||
| KENDERAAN MOTOR | KAPASITI ENJIN | |
Kereta | Mestilahh kurang daripada atau sama dengan 1600cc | |
Atau lebih dari 1600cc dan usia minimum kenderaan adalah 10 tahun | ||
Motosikal | Mestilah kurang daripada atau sama dengan 150cc | |
Atau lebih dari 150cc dan usia minimum kenderaan adalah 7 tahun | ||
MAKLUMAT LANJUT | ||
| Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik laman Facebook rasmi di bawah: | ||
| Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | ||
