Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Umum mengetahui bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Inisiatif ini dilaksanakan dengan Kerajaan Pakatan Harapan meluluskan sejumlah peruntukan kepada rakyat yang memerlukan. Menerusi Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pemberian BSH akan ditumpukan kepada golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah.
Bagi tahun 2019, terdapat tiga fasa pengagihan BSH iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 yang masing-masing dilaksanakan pada 28 Januari 2019, 28 Mei 2019 dan satu tarikh dalam bulan Ogos 2019 nanti. Menurut Lim Guan Eng, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 5 bilion dengan anggaran 4.1 juta isi rumah akan menerima manfaat daripada BSH ini. Bagi penerima BSH yang layak, wang akan didepositkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
Pengagihan BSH fasa 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion. Golongan yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 akan menerima RM 1,000. Isi rumah yang berpendapatan antara RM2,001 dan RM3,000 akan mendapat bantuan RM750 manakala bagi isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 pula akan mendapat bantuan RM500.
Namun begitu, sekiranya seseorang individu itu memenuhi syarat-syarat kelayakan tetapi gagal semasa pendaftaran fasa 1 dan fasa 2, individu tersebut boleh membuat Permohonan rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Secara Online dan manual. Bagi tahun 2019, permohonan dapat dilakukan bermula 1 Julai hingga 15 Ogos 2019. Untuk tahun 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan
PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2020 (BORANG RAYUAN BSH DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Secara Online yang dikemaskini berdasarkan maklumat BSH 2019 sebagai rujukan semua
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BSH ONLINE 2020 | ||
| Dibuka | Ditutup | |
7 Ogos 2020 | 6 September 2020 | |
CARA MEMBUAT RAYUAN BSH 2020 |
| Berdasarkan tahun 2019, terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan rayuan BSH iaitu secara online ataupun hadir ke pejabat LHDNM bergantung kepada kod alasan tidak lulus BSH seperti dinyatakan di bawah. Bagi tahun 2020, cara membbuat rayuan akan dikemaskini sebaik sahaj diumumkan nanti: |
| Sila layari pautan di bawah untuk membuat rayuan BSH 2020: | |||||
PERMOHONAN RAYUAN BSH ONLINE 2020 | |||||
PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ATAS TALIAN YANG DIBOLEHKAN | |
| Kod Tidak Lulus | Alasan Tidak Lulus |
| 05 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
| 07 | Pihak agensi telah mendapati bahawa jumlah pendapatan pemohon/ pasangan adalah telah melebihi RM4,000 |
| 09 | Semakan rekod oleh agensi didapati bahawa pendapatan pemohon melebihi RM2,000 |
| 12 | Telah didapati bahawa pemohon berdaftar sebagai pemegang saham/ pengarah syarikat/ perkongsian liabiliti terhad |
| 13 | Telah didapati bahawa pasangan berdaftar sebagai pemegang saham/ pengarah syarikat/ perkongsian liabiliti terhad |
| 34 | Pihak agensi telah mendapati pemohon tidak menetap di Malaysia/ bekerja/ belajar di luar negara |
| Bagi pemohon yang tidak lulus permohonan BSH 2020 dan tidak boleh membuat permohonan rayuan secara online, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM dengan membawa dokumen sokongan mengikut kod alasan tidak lulus seperti yang dinyatakan dalam pautan berikut: |
Sebab-Sebab Permohonan BSH 2020 Tidak Lulus dan Tindakan |
Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH 2020 |
BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 | |||
| Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan borang permohonan rayuan BSH 2020: | |||
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 | |||
SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN BSH 2020 |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN |
| Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi: |
| Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
