Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Bagi sesebuah negara maju, kerajaan perlu untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada rakyatnya bagi memastikan negara dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia. Sekolah-sekolah ini dibina bertujuan untuk memberikan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar. Baru-baru ini, kerajaan telah menaik taraf sistem dan pendidikan di KV dan SMT. Fokus kerajaan sekarang lebih cenderung untuk memajukan sekolah berkemahiran kerana sedar akan tuntuan majikan yang mahu graduan yang kompeten untuk diserap ke industri.
Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak bagi menaik taraf KV dan SMT di seluruh Malaysia. Banyak pembaharuan telah dilakukan di mana kemudahan dan keselesaan pelajar diberi perhatian serius oleh pihak KPM. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan tempat belajar, bengkel dan perpustakaan setidak-tidaknya telah dibaik pulih untuk keselesaan pelajar. KPM berpandangan jika kemudahan asas di KV dan SMT di tahap yang terbaik secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti.
Oleh itu, bagi mereka yang berminat dan ingin menjadi sebahagian daripada warga KV atau SMT anda boleh membuat permohonan kemasukan. Murid lepasan tingkatan tiga boleh memohon mana-mana program yang berminat dan berkelayakan berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perlu diingatkan pelajar yang berminat perlu membuat semakan kelayakan kemasukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda. Jika anda berminat dan layak, anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan cara yang telah ditetapkan.
PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) ONLINE AMBILAN TAHUN 2021
Berikut kami kongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke KV dan SMT untuk ambilan tahun 2021 bagi memudahkan para pemohon. Permohonan ditawarkan kepada lepasan tingkatan tiga (3) bagi ambilan Januari boleh dilakukan secara online bagi memudahkan anda. Terdapat juga beberapa info lain yang berguna untuk pemohon seperti maklumat di bawah:
TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT & PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) | |
| Buka | Tutup |
7 September 2020 | 2 Oktober 2020 |
https://spskt4.moe.gov.my | |
| Permohonan boleh dibuat di pautan di atas yang akan diaktifkan pada tarikh seperti dinyatakan | |
MAKLUMAT PROGRAM KV DAN SMT | |
| i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV / ILKA / ILKS | |
| ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM) | |
| iii. Program Kemahiran/Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA | |
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT | ||||||
| Permohonon kemasukan program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari tahun 2021 adalah percuma bermaksud pelajar tidak perlu membuat pembelian nombor pin. | ||||||
| Permohonan perlu dibuat mengikut aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2020 melalui sistem aplikasi permohonan online. | ||||||
| Pemohon perlu menduduki pentaksiran berpusat yang telah ditetapkan oleh KPM bagi setiap permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional | ||||||
| Pentaksiran merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%) dan Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian serta Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis. Maklumat berkaitan pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. | ||||||
| Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan KV dan SMT dan cara untuk membuat permohonan: | ||||||
PERMOHONAN ONLINE
| ||||||
SYARAT AM KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2021 |
| Berikut merupakan syarat am kelayakan permohonan kemasukan ke KV dan SMT: |
KATEGORI ALIRAN MURID |
| Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) - Aliran PAV |
| Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Kemahiran Di Kolej Vokasional / ILKA adalah seperti berikut: |
Panduan Permohonan PAV |
Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan, Info Kursus |
Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Beserta Jawapan |
| Pelajar Lepasan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama |
| Pelajar yang menduduki Pentaksiran Berasakan Sekolah PBS merangkumi 4 komponen iaitu: |
Syarat Permohonan PBS, Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan, Info Kursus PBS |
Panduan Permohonan PBS |
Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Beserta Jawapan |
| Pelajar Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM |
| Bagi Pelajar yang bersekolah di Sekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM, sila lihat carta aliran dan langkah permohonan di bawah: |
Carta Alir & Borang Permohonan Murid Tingkatan 3 Tahun 2020 Di Sekolah Swasta / Yayasan Negeri / Agama Negeri / Persendirian / Sekolah Di Luar Kawalan KPM |
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE KV DAN SMT 2021 | |
| Tarikh | Perkara |
| 7 September - 2 Oktober 2020 | Sistem aplikasi permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan dibuka dan ditutup. Tarikh RASMI |
| 12 Oktober - 6 November 2020 | Semakan Pusat Pentaksiran |
| 26 Oktober - 6 November 2020 | Pelaksanaan Pentaksiran |
| akan dikemaskini | Sesi Temu Bual dan Pemilihan |
| 5 Februari 2021 | Pemohon boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran bagi pemohon online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat |
| 23 Februari 2021 | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2020 (Aliran Perdana) |
| 5 hingga 19 Februari 2021 | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2020 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC |
| 23 Februari 2021 | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2020 (Aliran PAV) |
| 5 hingga 19 Februari 2021 | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2020 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC |
MAKLUMAT LANJUT |
| Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid |
| Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh hubungi serta layari pautan di bawah: |
| Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan Malaysia Hubungi 03-80008000 atau (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094) |
https://sptv.moe.gov.my |
