Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
MYTV merupakan sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyiarkan televisyen bebas dan radio digital ke seluruh Malaysia. MYTV Broadcasting Sdn Bhd adalah hasil usaha sama Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menyiarkan pelbagai siaran secara percuma tanpa bayaran bulanan.
MYTV telah dikurniakan lesen oleh kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia. Hal ini kerana seluruh negara-negara ASEAN telah menetapkan untuk menutup siaran secara analog (ASO) dan beralih kepada digital. Langkah ini dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan menggunakan DTT sepenuhnya menjelang 2020.
Kerajaan akan memberikan 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) kepada isi rumah yang terpilih. Penerima dekoder percuma adalah daripada data Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Ini bermakna hanya keluarga yang berpendapatan rendah sahaja akan mendapatkan dekoder MYTV secara percuma. Mereka yang layak akan menerima dekoder MYTV tersebut terus ke alamat rumah melalui pos laju. Pengedaran dekoder percuma dijangka selesai pada Mac 2019. Turut disertakan adalah panduan pemasangan dekoder tersebut. Namun jika anda memerlukan bantuan pemasangan caj akan dikenakan untuk pemasangan sebanyak RM 180 dan untuk bantuan teknikal caj minimum adalah RM 50.
Bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan dekoder MYTV percuma anda boleh mendapatkan dekoder tersebut di pasaran sekarang. Harga untuk satu set dekoder MYTV adalah serendah RM 169 sahaja tanpa bayaran bulanan. MYTV menjanjikan perkhidmatan TV digital bertaraf dunia untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Setakat ini terdapat 13 saluran televisyen dan empat radio boleh didapati dengan MYTV. Syarikat itu mensasarkan untuk menambah lagi siaran sekurang-kurangnya 30 siaran untuk dinikmati rakyat Malaysia. Dengan perkhidmatan TV digital ini rakyat akan dapat menonton kualiti TV yang lebih baik serta banyak pilihan. Ia juga dapat mengurangkan beban tanpa membayar secara bulanan.
SEMAKAN MYTV NAMA LAYAK TERIMA DEKODER PERCUMA MYTV SECARA ONLINE DAN SMS
Semakan nama yang layak menerima Dekoder Percuma MyTV boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MYTV. Berikut dikongsikan cara menyemak kelayakan menerima dekoder percuma:
CARA SEMAK KELAYAKAN TERIMA DEKODER MYTV PERCUMA | ||||
| Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan kelayakan anda. Pemberian dekoder percuma adalah muktamad dan tidak boleh dipinda: | ||||
SEMAK KELAYAKAN TERIMA DEKODER MYTV PERCUMA | ||||
Bagi Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma, sila daftar minat dengan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 31 Mei 2020.
- Klik Daftar MyTV
CARA MEMBUAT SEMAKAN DEKODER MYTV PERCUMA MELALUI SMS |
| Selain daripada semakan secara atas talian, anda juga boleh membuat semakan kelayakan melalui SMS |
| Taip MYTV Dekoder NoKP dan hantar ke 15888 |
PEMASANGAN BERDAFTAR |
| Pengguna MYTV dinasihatkan membuat pemasangan sendiri berdasarkan panduan yang telah disediakan. Namun jika memerlukan bantuan boleh menghubungi pemasang berdaftar seperti pautan di bawah: |
Pemasang berdaftar MyTV |
SALURAN TV DIGITAL YANG DITAWARKAN | ||
| Berikut adalah senarai siaran yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa | ||
TV1 | TV2 | |
NTV7 | TV3 | |
TV9 | TV ALHIJRAH | |
Bernama News | 8TV | |
TVi | TV Okey | |
RTM HD | TV3 HD | |
Drama Sangat | CJ Wow Shop | |
Bernama News Channel (BNC) | TV ALHIJRAH | |
SALURAN RADIO YANG DITAWARKAN | ||
| Berikut adalah senarai siaran radio yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa | ||
Nasional FM | Traxx FM | |
Minnal FM | Ai FM | |
Pusat Khidmat Pelanggan : 1300-80-6988 |
Laman Sesawang Rasmi MYTV |
Laman Facebook MYTV |
FAQ (Soalan Lazim) |
Related : rumah b40 dan oku, nama penerima dekoder, saluran tv dan radio, bayaran atau yuran langganan, sebarang bayaran atau yuran, untuk menerima, siaran digital myfreeview, permohonan mytv, untuk golongan b40
