Ranking MRSM Terbaik di Malaysia Keputusan SPM 2022

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sebuah sekolah di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM telah ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan mencapai matlamat MARA bagi memberi latihan dan pendidikan kepada bumiputra. Untuk pengetahuan MARA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sistem kewangan tersendiri bagi membantu menaik taraf usahawan bumiputra dan juga pendidikan dan latihan bumiputra. Yuran-yuran di MRSM sesetengahnya ditanggung oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

MRSM telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memberi pendidikan yang terbaik kepada bumiputra terutama mereka yang kurang berkemampuan. Di MRSM terdapat pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pelbagai aliran seperti MRSM Premier, MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal, MRSM ATM, MRSM PDRM dan MRSM Cambridge-IGCSE. Setiap tahun MRSM akan melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga cemerlang sahsiah.

DI MRSM terdapat pelbagai kemudahan pengajian dan pembelajaran. Pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama yang disediakan. Asrama MRSM lengkap dengan katil, tilam, bantal dan lain-lain keperluan untuk kemudahan pelajar. Makan dan minum juga disediakan lima kali sehari dengan zat yang seimbang. Kelas-kelas di MRSM juga lengkap untuk kemudahan pelajar mengulang kaji. Pelajar diwajibkan untuk mematuhi jadual seharian yang telah disediakan.

Di MRSM juga telah melahirkan ramai tokoh pemimpin, usahawan berjaya, golongan intelektual dan ramai lagi. Setiap tahun ketika keputusan SPM diumumkan MRSM akan mengungguli carta sekolah terbaik kebangsaan. Bagi mereka berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga MRSM permohonan boleh dibuat secara atas talian berdasarkan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Pengambilan adalah tertakluk pada kekosongan di MRSM.

Senarai Ranking Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terbaik Malaysia Untuk Keputusan SPM 2022

Berikut dikongsikan senarai MRSM mengikut ranking berdasarkan kepada Gred Purata Maktab (GPM) pada keputusan SPM 2022. Turut disertakan adalah senarai MRSM mengikut ranking berdasarkan keputusan SPM 2021 sebagai perbandingan:

Senarai Ranking MRSM Berdasarkan SPM 2022

Di bawah adalah senarai ranking MRSM berdasarkan GPM bagi SPM 2022 yang tidak rasmi :

RANKING 2022NAMA MRSMGRED PURATA MAKTAB (GPM)RANKING 2021
1MRSM KEPALA BATAS1.65627
2MRSM LANGKAWI1.6573
3MRSM TUN ABDUL RAZAK1.7474
4MRSM TUN GHAFAR BABA1.781 2
5MRSM JOHOR BAHRU 1.8436
6MRSM ALOR GAJAH1.8525
7MRSM PASIR TUMBOH1.91542
8MRSM SUNGAI BESAR1.94712
9MRSM TAIPING1.9551
10MRSM KOTA PUTRA1.9749
11MRSM GEMENCHEH2.07821
12MRSM PENGKALAN CHEPA2.0818
13MRSM KUBANG PASU2.13122
14MRSM KUANTAN2.13210
15MRSM PASIR SALAK2.15118
16MRSM KUALA KUBU BHARU2.1907
17MRSM BATU PAHAT2.22636
18MRSM KUALA KLAWANG2.28515
19MRSM BAGAN DATUK2.320
20MRSM PARIT2.37013
21MRSM SERTING2.41219
22MRSM TUMPAT2.41316
23MRSM TUN DR. ISMAIL2.41420
24MRSM BENTONG2.44917
25MRSM KOTA KINABALU2.53040
26MRSM TRANSKRIAN2.59233
27MRSM PENGALAN HULU2.62614
28MRSM KUALA TERENGGANU2.63532
29MRSM PDRM KULIM2.65744
30MRSM BALIK PULAU2.66926
31MRSM BALING2.68134
32MRSM KUALA BERANG2.68743
33MRSM TERENDAK2.69525
34MRSM FELDA TROLAK2.695 29
35MRSM TUN GHAZALI SHAFIE2.71037
36MRSM MERSING2.72930
37MRSM KUCHING2.76211
38MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS2.80650
39MRSM MERBOK2.83728
40MRSM GERIK2 84739
41MRSM SEMPORNA2.84953
42MRSM MUAR 2.89438
43MRSM MUADZAM SHAH2.91523
44MRSM ATM BERA3.007
45MRSM KUALA KRAI3.01752
46MRSM BESUT3 04345
47MRSM ARAU 3.09741
48MRSM JELI3.11849
49MRSM BETONG3.14324
50MRSM PENDANG3.15735
51MRSM SULTAN AZLAN SHAH3.17151
52MRSM LENGGONG 3.23931
53MRSM MUKAH3.25948
54MRSM BESERI3.41047
55MRSM TUN MUSTAPHA3.80746