Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sebuah sekolah di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM telah ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan mencapai matlamat MARA bagi memberi latihan dan pendidikan kepada bumiputra. Untuk pengetahuan MARA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sistem kewangan tersendiri bagi membantu menaik taraf usahawan bumiputra dan juga pendidikan dan latihan bumiputra. Yuran-yuran di MRSM sesetengahnya ditanggung oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
MRSM telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memberi pendidikan yang terbaik kepada bumiputra terutama mereka yang kurang berkemampuan. Di MRSM terdapat pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pelbagai aliran seperti MRSM Premier, MRSM Ulul Albab, MRSM Teknikal, MRSM ATM, MRSM PDRM dan MRSM Cambridge-IGCSE. Setiap tahun MRSM akan melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga cemerlang sahsiah.
DI MRSM terdapat pelbagai kemudahan pengajian dan pembelajaran. Pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama yang disediakan. Asrama MRSM lengkap dengan katil, tilam, bantal dan lain-lain keperluan untuk kemudahan pelajar. Makan dan minum juga disediakan lima kali sehari dengan zat yang seimbang. Kelas-kelas di MRSM juga lengkap untuk kemudahan pelajar mengulang kaji. Pelajar diwajibkan untuk mematuhi jadual seharian yang telah disediakan.
Di MRSM juga telah melahirkan ramai tokoh pemimpin, usahawan berjaya, golongan intelektual dan ramai lagi. Setiap tahun ketika keputusan SPM diumumkan MRSM akan mengungguli carta sekolah terbaik kebangsaan. Bagi mereka berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga MRSM permohonan boleh dibuat secara atas talian berdasarkan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Pengambilan adalah tertakluk pada kekosongan di MRSM.
SENARAI RANKING MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TERBAIK MALAYSIA UNTUK KEPUTUSAN SPM 2018
Berikut dikongsikan senarai MRSM mengikut ranking berdasarkan kepada Gred Purata Maktab (GPM) pada keputusan SPM 2019. Turut disertakan adalah senarai MRSM mengikut ranking berdasarkan keputusan SPM 2018 sebagai perbandingan:
SENARAI RANKING MRSM BERDASARKAN SPM 2019 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|