Siaran Langsung Keputusan Malaysia Vs Bahrain 20.1.2024

Skuad bola sepak Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih, Kim Pan Gon akan bertemu pasukan tangga ke 86 dunia, iaitu Bahrain. Pertemuan kali ini merupakan aksi kedua Piala Asia 2023. Di atas kertas, lawan Malaysia untuk perlawanan kali ini bukan calang-calang. Kualiti penyerang pasukan Bahrain tidak boleh dipandang rendah kerana jika pertahanan kita leka gawang kita akan dibolosi oleh pemain-pemain mereka yang berbakat.

Perlawanan kedua ini adalah untuk pasukan Harimau Malaya bersaing dalam peringkat kumpulan E yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu, 20 Januari 2024 bertempat di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar.

Berdasarkan kepada perlawanan sebelum ini, Harimau Malaya kalah kepada pasukan Jordan pada perlawanan pertama untuk Piala Asia 2023. Oleh itu, skuad negara perlu mencipta kemenangan sulung untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya pada edisi kali ini.

Bagi pasukan Bahrain pula, mereka telah mengharungi perlawanan pertama menentang pasukan Korea Selatan dan kalah di tangan pasukan tersebut. Justeru pada perlawanan ini pastinya mereka ingin mencipta kemenangan dan mengutip mata penuh pada aksi kedua Piala Asia 2023.

Berikut dikongsikan tarikh dan keputusan perlawanan antara Malaysia menentang Bahrain yang akan berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar:

Siaran Langsung Malaysia Vs Bahrain Piala Asia

bahrain icon Malaysia Vs Bahrain Piala Asia 2023

Perlawanan membabitkan pasukan Malaysia (lwn) V bakal berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad, Qatar pada 20 Januari pada hari Sabtu bermula jam 10.30 malam (Waktu Malaysia).

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan pertama kumpulan saingan Piala Asia 2023 Kumpulan E yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan

Keputusan Terkini Malaysia Vs Bahrain 20.1.2024 Piala Asia 2023

Malaysia
0
1
bahrain iconBahrain
.10.30 PM Ali Madan 90 +5′

bahrain icon KESEBELASAN PEMAIN

MALAYSIA:  Syihan Hazmi (PG), Matthew Davies (K), Shahrul Saad, Dominic Tan, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Arif Aiman, Syamer Kutty, Paulo Josue, Dion Cools, Corbin-Ong

Substitutes: Azri Ghani (PG), Daniel Ting, Syahmi Safari, Darren Lok, Safawi Rasid, Sumareh, Junior Eldstal, Brendan Gan, Akhyar Rashid, Afiq Fazail, Natxo Insa, Romel Morales

Live Streaming 20 Januari 2024 (Sabtu)

Perlawanan Kumpulan E di antara pasukan Malaysia menentang Qatar akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena, Sukan RTM dan OkeyTV. Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

Link Live

Related : asian cup, al janoub stadium, head to head,