Siaran Langsung Keputusan Malaysia Vs Timor Leste Sukan SEA 2019

Acara bola sepak bagi saingan Sukan SEA 2019 telah berlangsung lebih awal iaitu bermula dari 25 November sehingga 10 Disember 2019 lima hari sebelum acara perasmian sukan dwitahunan rantau Asia Tenggara yang telah mencapai edisi ke 30 kali penganjuran. Pasukan Bawah 22 tahun Malaysia masih mengekalkan khidmat jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi mengendali pasukan negara untuk merebut ibu segala pingat dalam acara sukan yang berprestij di rantau Asia Tenggara ini.

Skuad B-22 negara telah diundi bersama pasukan tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste dalam Kumpulan A. Manakala negara seperti Thailand yang merupakan juara bertahan, Indonesia, Vietnam, Singapura, Brunei dan Laos pula telah diundi dalam Kumpulan B. Pertaruhan permainan yang bijak diperlukan daripada setiap pasukan bagi mengharungi saingan acara bola sepak Sukan SEA 2019 kali ini kerana jadual yang padat akan menjadi cabaran utama bagi pemain-pemain.

Perlawanan seterusnya yang melibatkan pasukan Malaysia adalah perlawanan menentang Pasukan Timor Leste. Skuad B-22 Malaysia perlu memanfaatkan perlawanan ini dengan mencipta kemenangan tanpa bolos bagi mengutip tiga mata penuh. Para pemain harus memberikan persembahan terbaik supaya dapat mengekalkan momentum kemenangan dan seterusnya melonjak semangat pasukan untuk mara ke peringkat separuh akhir dan merebut tempat ke perlawanan penentuan pingat emas.

Pasukan B-22 negara perlu fokus dan tidak memikirkan kelemahan pasukan Timor Leste sebaliknya memberikan permainan yang baik dan menang dengan selesa. Bahagian pertahanan negara yang dibarisi oleh pemain yang berpengalaman dalam saingan Sukan SEA seperti Dominic Tan dan Adam Nor Azlin hendaklah memastikan benteng pertahanan negara selamat dan tidak bolos sekaligus membuka peluang yang baik kepada pasukan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Malaysia Vs Timor Leste 2.12.2019 Sukan Sea 2019

Perlawanan yang berlangsung 2 Disember ini merupakan perlawanan ketiga buat Malaysia pada peringkat kumpulan A. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Memorial Rizal, Manila bermula jam 8:00 malam waktu Malaysia

Berikut ialah keputusan secara langsung antara Malaysia menentang Timor Leste yang akan dikemas kini sepanjang perlawanan bermula dari awal sepak mula hingga tamat perlawanan

Keputusan Terkini Malaysia Vs Timor Leste Sukan Sea 2019

Malaysia
4
0
Timor Leste
Filomeno OG 5′
Hadi Fayyadh 34′, 44′
Akhyar Rashid 81′
Fulltime

Kesebelasan Pemain Malaysia Vs Timor Leste 2.12.2019 Sukan Sea 2019

MALAYSIA:  1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Umar Hakeem; 12. Luqman Hakim, 9. Hadi Fayyadh, 7. Faisal Halim.

Subs: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 11. Nik Akif Syahiran, 13. R. Dinesh, 18. Damien Lim (PG), 19. Akhyar Rashid.


TIMOR LESTE:  2. Juliao Dos Reis Mendonca, 4. Candido De Oliveira, 6. Nataniel Dos Reis (K), 9. Edit Savio, 10. Henrique W. Da C. Martins, 15. Armindo Almeida, 17. Elias Mesquita, 18. Filomeno Junior Da Costa, 20. Fagio Pereira (PG), 21. Frangcyatma Alves Ima Kefi, 22. Nelson Sarmento Viegas.

Subs:  1. Aderito Raul Fernandes (PG), 3. Jose Guterres Silva, 5. Joao Panji Dos S. Soares, 7. Rufino Gama, 8. Joao Pedro Da Silva Freita.

Live Streaming Malaysia Vs Timor Leste 2.12.2019 Sukan Sea 2019

Aksi perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran RTM Sports HD, TV2 dan Astro Arena

Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Malaysia vs Timor Leste disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

Info Seterusnya

Klik LinkBola Sepak Sukan SEA 2019 Keputusan Dan Jadual Carta Kedudukan Malaysia