Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2021 MLM

Pentas pertarungan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) kini bermula. Maharaja Lawak Mega 2021 mula disiarkan bermula pada 15 Oktober 2021. Program realiti bersiri terbitan Astro ini bakal menyajikan persembahan daripada barisan pelawak secara berkumpulan dari Malaysia.

Para peminat industri komedi negara dapat menonton program lawak nombor satu negara ini di Astro Warna HD (saluran 107) serta melalui aplikasi digital Astro Go dan ‘on demand’. Juri dan penonton akan mengadili persembahan mereka dan peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. 30% jumlah markah akan ditentukan oleh penonton ini dan baki 70% terletak pada keputusan barisan juri.

Program realiti komedi yang telah bermula pada tahun 2011 ini pernah mengumpulkan ramai artis-artis komedi terkenal seperti Jozan, Sepahtu, Osbon dan lain-lain. Bagi musim ini pula, gabungan pelawak-pelawak baru dan lama menjadi daya penarik program ini. Walaupun tanpa beberapa pelawak-pelawak otai, penyertaan juara Maharaja Lawak Mega dua kali berturut-turut iaitu Fad, Achey dan Atu pastinya mampu membuat penonton tidak kering gusi.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM)

Seperti pada tahun-tahun yang lalu, Dato’ AC Mizal sekali lagi akan mengacarakan Maharaja Lawak Mega 2021 yang disiarkan secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre pada hari Jumaat pukul 9 malam dari 15 Oktober 2021.

Berikut adalah senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2021:

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Nama KumpulanAhli Kumpulan
BoroAchey, Atu dan Fad
TiroDanial, Sharif dan Syaiful
PutehMamak, Vicha dan Ali
3OtakPhoon Chi Ho, Faarid Azmier dan Prakash Daniel
R&RMan dan Rahim
TobatAjak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie
OtaiAzlee, Ieda Moin dan Acong
OrixYassin, Abu Mamu dan Achok
CawanAliff, Wan Gegau dan Che Mat
BahyeZahid, Nizam dan Shashic
TaiciChiwan, Tapai dan Ilham

Info Maharaja Lawak Mega 2021

Pemenang akan membawa pulang RM 500,000.00 dan trofi manakala naib juara  akan menerima RM 250,000.00 dan trofi dan bagi tempat ketiga membawa pulang RM 150,000.00 dan trofi serta bagi tempat keempat, RM 50,000.00 dan trofi dan Rm 15,000.00 bagi tempat kelima beserta trofi.

Datuk AC Mizal diberi tanggungjawab mengendalikan program ini buat kali kesembilan berturut-turut.

Penjurian kali ini, MLM2021 memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri yang juga merupakan salah seorang dari empat orang lagi juri tetap.

Sama seperti musim terdahulu, empat juri tetap hanya akan diumumkan pada siaran langsung minggu pertama MLM2021.

MLM2021 bersiaran secara langsung selama 10 minggu dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 15 Oktober ini setiap Jumaat pukul 9 malam.

Program ini turut bersiaran secara eksklusif di Astro Warna saluran 107 dan semua platform Astro GO dan On Demand.

Keputusan MLM 2021 Setiap Minggu Dan Peserta Tersingkir

Live Streaming
Minggu/ TemaKeputusan Penyingkiran
Minggu 1/ BebasTIADA
Minggu 2/ Bebas & Bersama Artis JemputanORIX
Minggu 3/ Majlis Dengan Entiti PropR&R
Minggu 4/ Seram3OTAK
Minggu 5/ MuzikalTAICI
Minggu 6/ Sukan Bersama Ahli SukanTIADA
Minggu 7/ Karoot KomediaCAWAN
Minggu 8 (Suku Akhir)/ Artis Jemputan Bertemakan Moral dan Pesta KeraianTIADA
Minggu 9 (Separuh Akhir)/ Konti Radio dan Hobi Bersama Artis JemputanOTAI
Minggu 10 (Final)/ Bebas & MuzikalKeputusan Juara MLM 2021
 Keputusan terkini yang dikemaskini setiap minggu

Maharaja Lawak Mega  2021 Minggu Pertama

  • Program Maharaja Lawak Mega 2021 musim baharu akan menemui penonton secara langsung di saluran Astro Warna serta Astro GO dan ‘on demand’ bermula dari 15 Oktober selama 11 minggu berturut-turut pada hari Jumaat bermula jam 900 malam
  • Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Maharaja Lawak Mega 2021 disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung.

Video Langsung Maharaja Lawak Mega 2021 Astro

Related : datuk ac mizal, secara online,