Menu Bola

Gambar logo merdeka 2019 dan tema hari kebangsaan Malaysia

12:27 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 30 July 2019 jam 12:42 AM oleh GC.editor

Detik rasmi negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah British adalah pada tanggal 31 Ogos 1957.

Setiap tahun, kita akan menyambut kemerdekaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan nenek moyang kita terdahulu bagi membebaskan tanah air dari penjajah. Pelbagai program dirancang bagi memastikan semangat cintakan negara dan cintakan perpaduan terus mekar dalam kalangan rakyat.

Jika ditanya pada generasi warga emas, hari kemerdekaan membawa seribu satu makna kepada mereka kerana kegigihan dan perjuangan menentang dan menghapuskan cengkaman pihak penjajah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas dan berdaulat.

Generasi muda mereka kini perlu faham dan kaji bagaimana perjuangan nenek moyang kita dalam usaha memerdekakan tanah air. Namun masih ramai tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan. Pada mereka hari kemerdekaan hanya merupakan Cuti Umum di mana mereka berpeluang bersantai dan beriadah.

Hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami maksud hari kemerdekaan ini. Oleh itu, lebih banyak usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar hari kemerdekaan.

GAMBAR LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN MALAYSIA TAHUN 2019

Hari Kemerdekaan merupakan antara sambutan di peringkat kebangsaan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Logo dianggap penting dalam membentuk identiti dan imej syarikat, produk, pertubuhan serta negara. Oleh itu, setiap tahun logo hari kemerdekaan akan diperbaharui sebagai alat untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.

Justeru, kehadiran logo, slogan mahupun tema dalam konteks kempen sambutan perayaan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana elemen-elemen inilah yang sebenarnya memiliki daya tarik atau fokus yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej yang relevan kepada masyarakat.

Logo digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat kerana masyarakat lebih mudah untuk memahami dan menerima mesej yang disampaikan melalui imej berbanding dengan perkataan.

Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 manakala logo Hari Kemerdekaan pula hanya mula dicipta pada tahun 1976 sehingga kini.

Logo Hari Kemerdekaan yang pertama (1976) telah diperkenalkan oleh Tun Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun tersebut. Mulai tahun tersebut, logo-logo telah direkacipta oleh sekumpulan pensyarah dan penuntut Institut Teknologi MARA Shah Alam (kini UiTM) berdasarkan tema perayaan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan.

Seiring dengan Logo, Tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia malah ia akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.

Penulis di laman GCarian berharap pemilihan logo dan tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Malaysia yang dibuat setiap tahun dapat menzahirkan perubahan persepsi rakyat, apatah lagi membabitkan hubungan masyarakat agar saling berhubung dan secara tidak langsung meningkatkan kesedaran nasionalisme lebih menyeluruh.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

TEMA

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-61 TAHUN 2019
LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-62 TAHUN 2019
Logo Tema Hari Kebangsaan
MAKSUD TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN
Cogan Kata LogoPenjelasan Logo
Sayangi Malaysiaku: Malaysia BersihSimbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan mereka. Ianya melambangkan warganegara Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara

Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama di samping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi

LIRIK DAN VIDEO LAGU “MALAYSIA BERSIH”
99Klik LinkVideo Lagu Tema Hari Kebangsaan 2019

Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Bagai Negara
Yang Kekal Merdeka

Amanah Bangsa
Kita Pikul Bersama
Jadikan Malaysia Bahagia

Asal Budaya Kita
Budi Pekerti Indah
Amanah Jujur
Amalan Kita

Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Kita Bina Negara
Perangi Rasuah
Kita Satukan Hati
Demi Ibu Pertiwi

Keutuhan Jiwa
Membina Nurani
Moga Kita Terus Disanjungi

Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Sebagai Negara Yang Kekal Merdeka

Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Malaysia Bersih
Harapan Kita
Malaysia Bersih
Harapan Kita

Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Penyanyi : Gemersik Chorus

Lagu tema hari kebangsaan untuk tahun 2019 adalah ‘Malaysia Bersih’. Tambahan pula, lagu sambutan kemerdekaan bagi tahun lepas iaitu ‘Kita Punya Malaysia’ akan turut serta dinyanyikan sebagai menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menyemai budaya integriti.
Untuk tahun ini, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2019. Sambutan Hari Malaysia 2019 pula akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2019.
LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-61 TAHUN 2018
Logo Merdeka
LIRIK DAN MAKSUD LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-61 TAHUN 2018
Maksud Logo

Berikut adalah lagu tema sambutan hari kemerdekaan 2018 sebagai rujukan semua:

Lagu tema Hari Kebangsaan nukilan vokalis kumpulan muzik rock, Bunkface bertajuk Kita Punya Malaysia yang mempunyai elemen menarik dan berlainan sebagai ekspresi kepada kerajaan baharu yang berbeza dan lebih bertenaga.

Maksud tersirat dalam lagu ini memupuk kepelbagaian kaum dan kepentingan perpaduan sebagai sebuah bangsa dalam membangunkan negara.

Klik LinkVideo Lagu Tema Hari Kebangsaan
31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanyaaa
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) 
Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanyaaa 
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) 
Merdeka (3 Kali) Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) 
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya
SENARAI TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN MALAYSIA
TahunTema
2018Sayangi Malaysiaku
2017Negaraku Sehati Sejiwa
2015-2016Sehati Sejiwa
2014Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
20121Malaysia. Janji Ditepat
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
20101Malaysia Menjana Transformasi
20091Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008Perpaduan Teras Kejayaan
2007Malaysiaku Gemilang
2000-2006Keranamu Malaysia
1999Bersatu Ke Alaf Baru
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996Budaya Penentu Kecapaian
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1992Wawasan Asas Kejayaan
1991Wawasan 2020
1990Berjaya
1988-1989Bersatu
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1984Amanah Asas Kejayaan
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1982Berdisiplin Giat Maju
1981Berdisiplin Berharmoni
1980Berdisiplin Berbakti
1979Bersatu Berdisiplin
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
197720 Tahun Bersatu Maju
1976Ketahanan Rakyat
1975Masyarakat Berdikari
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972Masyarakat Adil
1971Masyarakat Progresif
1970Muhibah dan Perpaduan

GAMBAR KOLEKSI LOGO MERDEKA – HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN MALAYSIA TAHUN 1976-2018

Koleksi Logo Merdeka