Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Detik rasmi negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah British adalah pada tanggal 31 Ogos 1957.
Setiap tahun, kita akan menyambut kemerdekaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan nenek moyang kita terdahulu bagi membebaskan tanah air dari penjajah. Pelbagai program dirancang bagi memastikan semangat cintakan negara dan cintakan perpaduan terus mekar dalam kalangan rakyat.
Jika ditanya pada generasi warga emas, hari kemerdekaan membawa seribu satu makna kepada mereka kerana kegigihan dan perjuangan menentang dan menghapuskan cengkaman pihak penjajah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas dan berdaulat.
Generasi muda mereka kini perlu faham dan kaji bagaimana perjuangan nenek moyang kita dalam usaha memerdekakan tanah air. Namun masih ramai tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan. Pada mereka hari kemerdekaan hanya merupakan Cuti Umum di mana mereka berpeluang bersantai dan beriadah.
Hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami maksud hari kemerdekaan ini. Oleh itu, lebih banyak usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar hari kemerdekaan.
MALAYSIA PRIHATIN : GAMBAR LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN MALAYSIA TAHUN 2020
Hari Kemerdekaan merupakan antara sambutan di peringkat kebangsaan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Logo dianggap penting dalam membentuk identiti dan imej syarikat, produk, pertubuhan serta negara. Oleh itu, setiap tahun logo hari kemerdekaan akan diperbaharui sebagai alat untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.
Justeru, kehadiran logo, slogan mahupun tema dalam konteks kempen sambutan perayaan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana elemen-elemen inilah yang sebenarnya memiliki daya tarik atau fokus yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej yang relevan kepada masyarakat.
Logo digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat kerana masyarakat lebih mudah untuk memahami dan menerima mesej yang disampaikan melalui imej berbanding dengan perkataan.
Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 manakala logo Hari Kemerdekaan pula hanya mula dicipta pada tahun 1976 sehingga kini.
Logo Hari Kemerdekaan yang pertama (1976) telah diperkenalkan oleh Tun Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun tersebut. Mulai tahun tersebut, logo-logo telah direkacipta oleh sekumpulan pensyarah dan penuntut Institut Teknologi MARA Shah Alam (kini UiTM) berdasarkan tema perayaan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan.
Seiring dengan Logo, Tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia malah ia akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.
Penulis di laman GCarian berharap pemilihan tema dan logo Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Malaysia yang dibuat setiap tahun dapat menzahirkan perubahan persepsi rakyat, apatah lagi membabitkan hubungan masyarakat agar saling berhubung dan secara tidak langsung meningkatkan kesedaran nasionalisme lebih menyeluruh.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
‘Malaysia Prihatin’ telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (Malaysia Day) tahun 2020 yang diperkenalkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri.
Logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini termasuklah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 serta Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai),
Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September).
TEMA
| ||
HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-63 TAHUN 2020 | ||
LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-63 TAHUN 2020 | ||
MAKSUD TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN | ||
| Cogan Kata Logo | Maksud | |
| Malaysia Prihatin | Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu perseorangan Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat pula ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia | |
LIRIK DAN VIDEO LAGU | ||
| 99Akan Dikemaskini | ||
LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-62 TAHUN 2019 | ||
MAKSUD TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN | ||
| Cogan Kata Logo | Penjelasan Logo | |
| Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih | Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan mereka. Ianya melambangkan warganegara Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama di samping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi | |
LIRIK DAN VIDEO LAGU “MALAYSIA BERSIH” | ||
| 99 | ||
Harapan Semua Amanah Bangsa Asal Budaya Kita Kini Masanya Kita Bina Negara Keutuhan Jiwa Harapan Semua Kini Masanya Malaysia Bersih Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris | ||
| Lagu tema hari kebangsaan untuk tahun 2019 adalah ‘Malaysia Bersih’. Tambahan pula, lagu sambutan kemerdekaan bagi tahun lepas iaitu ‘Kita Punya Malaysia’ akan turut serta dinyanyikan sebagai menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menyemai budaya integriti. | ||
| Untuk tahun ini, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2019. Sambutan Hari Malaysia 2019 pula akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2019. | ||
LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-61 TAHUN 2018 | ||
LIRIK DAN MAKSUD LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-61 TAHUN 2018 | ||
![]() Berikut adalah lagu tema sambutan hari kemerdekaan 2018 sebagai rujukan semua: Lagu tema Hari Kebangsaan nukilan vokalis kumpulan muzik rock, Bunkface bertajuk Kita Punya Malaysia yang mempunyai elemen menarik dan berlainan sebagai ekspresi kepada kerajaan baharu yang berbeza dan lebih bertenaga. | ||
| 31 Bulan 8, 57 Perjuangkan pertahankan tanah airku Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi negara SelamanyaaaKita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Jangan lemah bangunlah Buat baru semula Percayalah hari ini Kita punya impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi Negara Selamanyaaa Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Merdeka (3 Kali) Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!) Ini Kita Punya | ||
SENARAI TEMA HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN MALAYSIA | ||
| Tahun | Tema | |
| 2020 | Malaysia Prihatin | |
| 2019 | Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih | |
| 2018 | Sayangi Malaysiaku | |
| 2017 | Negaraku Sehati Sejiwa | |
| 2015-2016 | Sehati Sejiwa | |
| 2014 | Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | |
| 2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku | |
| 2012 | 1Malaysia. Janji Ditepat | |
| 2011 | 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera | |
| 2010 | 1Malaysia Menjana Transformasi | |
| 2009 | 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan | |
| 2008 | Perpaduan Teras Kejayaan | |
| 2007 | Malaysiaku Gemilang | |
| 2000-2006 | Keranamu Malaysia | |
| 1999 | Bersatu Ke Alaf Baru | |
| 1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita | |
| 1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya | |
| 1996 | Budaya Penentu Kecapaian | |
| 1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan | |
| 1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan | |
| 1993 | Bersatu Menuju Wawasan | |
| 1992 | Wawasan Asas Kejayaan | |
| 1991 | Wawasan 2020 | |
| 1990 | Berjaya | |
| 1988-1989 | Bersatu | |
| 1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju | |
| 1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh | |
| 1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan | |
| 1984 | Amanah Asas Kejayaan | |
| 1983 | Bersama ke Arah Kemajuan | |
| 1982 | Berdisiplin Giat Maju | |
| 1981 | Berdisiplin Berharmoni | |
| 1980 | Berdisiplin Berbakti | |
| 1979 | Bersatu Berdisiplin | |
| 1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan | |
| 1977 | 20 Tahun Bersatu Maju | |
| 1976 | Ketahanan Rakyat | |
| 1975 | Masyarakat Berdikari | |
| 1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan | |
| 1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia | |
| 1972 | Masyarakat Adil | |
| 1971 | Masyarakat Progresif | |
| 1970 | Muhibah dan Perpaduan | |
GAMBAR KOLEKSI LOGO MERDEKA - HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN MALAYSIA TAHUN 1976-2019
Related : perdana menteri tan sri, bulan kebangsaan dan kibar, tan sri muhyiddin yassin, menteri tan sri muhyiddin, kebangsaan dan kempen kibar, kebangsaan dan kibar jalur
