Sekiranya pada edisi sebelum ini Chile merangkul gelaran juara dengan menewaskan Argentina dengan keputusan 4-2, bagaimana pula untuk edisi pada tahun ini? Segalanya akan terjawab menerusi kejohanan Copa America yang akan membuka tirainya dari 14 Jun sehingga 7 Julai 2019.
Antara pasukan dari benua Amerika Selatan yang akan beraksi pada tahun ini adalah Brazil, Venezuela, Peru, Paraguay, Colombia, Bolivia, Argentina, Ecuador dan Chile manakala dari Asia pula Jepun dan Qatar akan bertanding sebagai pasukan jemputan. Uruguay adalah pasukan yang paling banyak meraih gelaran Copa America yang merangkul gelaran sebanyak 15 kali, kemudian Argentina dengan 14 gelaran diikuti oleh Brazil dengan 8 gelaran.
Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memperoleh hak untuk menjadi salah satu penyiar berlesen bagi kejohanan bola sepak Copa America dan secara tidak langsung dapat menyediakan tayangan sukan percuma buat rakyat Malaysia. Menurut Muis Shefii (Ketua Pengarah Penyiaran), pihaknya mengeluarkan belanja sebanyak RM2.9 juta daripada peruntukan tahunan mereka demi membawa kejohanan tersebut ke kaca televisyen negara ini.
Bagi edisi ke-46 ini, RTM bakal menyiarkan 80 perlawanan Copa America yang merangkumi perlawanan secara langsung, siaran tertunda dan siaran ulangan. Para penonton boleh menikmati tayangan perlawanan menerusi saluran TV1, TV2, RTM HD Sports serta laman sesawang dan aplikasi RTM Mobile. Tayangan bagi setiap perlawanan dapat dirujuk berdasarkan Jadual Siaran Langsung Copa America 2019 RTM.
Jadual Live Bola Sepak Copa America 2019 RTM TV1 Dan RTM HD SPORTS
Perlawanan pertama Copa America akan berlangsung pada 15 Jun ini yang melibatkan pertembungan antara negara Brazil (tuan rumah) dan Bolivia. Siaran langsung perlawanan tersebut dapat ditonton di TV2 dan RTM HD Sports pada pukul 8 pagi. Manakala siaran ulangannya akan ditayangkan pada jam 3 petang di RTM HD Sports dan 11 malam di TV1.
Jadual Live Dan Tertunda Copa America 2019 RTM
Berikut dikongsikan Jadual Siaran Langsung Copa America 2019 RTM. Maklumat yang disertakan termasuk tarikh dan masa siaran langsung ditayangkan serta pasukan yang terlibat.
![]() | |||||
Tarikh | Masa | Team | RTM | ||
15 Jun | 08:00AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
19 Jun | 08:00AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
23 Jun | 02:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
23 Jun | 07:00AM![]() | ![]() ![]() |
![]() | |||||
16 Jun | 05:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
20 Jun | 08:00AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
24 Jun | 02:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() |
![]() | |||||
17 Jun | 08:00AM![]() | ![]() ![]() | |||
18 Jun | 06:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
21 Jun | 06:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
22 Jun | 09:00AM![]() | ![]() ![]() | |||
25 Jun | 06:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() |
![]() | |||||
28 Jun | 08:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
29 Jun | 02:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
29 Jun | 06:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
30 Jun | 02:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() |
![]() | |||||
3 Julai | 08:00AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
4 Julai | 08:00AM![]() | ![]() ![]() | ![]() |
![]() | |||||
7 Julai | 03:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() | ||
![]() | |||||
8 Julai | 03:30AM![]() | ![]() ![]() | ![]() |