Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Jabatan Pengajian Tinggi sedang giat menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara Jom Masuk U di seluruh negara. JPT dalam usaha untuk mempromosikan universiti awam dalam Malaysia serta menarik minat belia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang betapa pentingnya ilmu dan memberi info tentang program pengajian yang ada di universiti di Malaysia.
Menerusi karnival ini, pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang pengajian yang diminati. Wakil-wakil dari setiap universiti akan berada di setiap lokasi bagi memberi penerangan tentang universiti masing-masing. Di karnival ini juga terdapat badan-badan yang boleh memberi bantuan kewangan pelajaran seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bantuan akan diberikan kepada yang layak.
Jelajah ini merangkumi seluruh negeri di Malaysia. Oleh itu pelajar boleh pergi ke mana-mana lokasi yang berdekatan untuk mencari apa-apa maklumat berkaitan. Karnival ini sangat membantu memberi penerangan kepada belia yang tercari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran.
JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA
| Karnival Jom Masuk IPT telah dibatalkan oleh KPM yang melibatkan lokasi di Perak, Terengganu, Sarawak dan Selangor. |
| Pembatalan ini sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk mengelakkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai bagi mencegah jangkitan COVID-19. |
Berikut dikongsikan jadual karnival, tarikh dan lokasi karnival pendidikan tinggi negara sekitar Malaysia bagi tahun 2020 untuk memudahkan pelajar yang berminat:
MANFAAT MENGHADIRI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA | |||
JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA / JOM MASUK IPT | |||
| Negeri | Tarikh | Lokasi | |
Sabah | 7 – 8 Mac 2020 | Sabah International Convention Centre | |
Sarawak | 21 – 22 Mac 2020 | Borneo Convention Centre Kuching | |
Melaka | – | - | |
Perlis | – | - | |
Kedah | 29 Feb - 1 Mac 2020 | Taman Tasuk Darulaman, Jitra | |
Johor | 15 - 16 Feb 2020 | Persada Johor International Convention Centre | |
Pahang | 22 - 23 Feb 2020 | Kompleks Sukan Universiti, Kampus UMP Gambang | |
Terengganu | 14 - 15 Mac 2020 | Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu | |
Kelantan | – | - | |
Negeri Sembilan | – | - | |
Pulau Pinang | – | - | |
Labuan | – | - | |
Selangor | 28 – 29 Mac 2020 | MAEPS, Serdang, Selangor | |
Perak | 14 - 15 Mac 2020 | Amanjaya Convention Centre Casuarina @ Meru | |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN | |||
| Untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan melayari pautan berikut: | |||