Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2024

Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November 2018 lalu telah meluluskan beberapa program bantuan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan B40. Pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah meluluskan Skim Perlindungan Nasional B40 yang akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019.

Skim Perlindungan Nasional B40 yang merupakan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma mensasarkan dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan. Kerajaan menjangkakan skim ini akan memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah B40 yang berumur dari 18 hingga 55 tahun.

Dana permulaan sebanyak RM2 billion akan dibelanjakan oleh syarikat insurans, Great Eastern Holdings melalui kerjasama dengan syariakat insurans itu untuk membantu golongan B40 bagi menghadapi kos mendapatkan rawatan di hospital dan penyakit kritikal yang boleh menjejaskan aliran pendapatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum, kos perubatan semakin meningkat. Oleh itu kerajaan berharap skim ini dapat meringankan beban rakyat. Melalui skim ini juga, mereka layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal dan akan mendapat bayaran sehingga RM 8,000.

Peserta skim juga layak untuk mendapat bayaran pendapatan gantian pada kadar RM 50 sehari atau bersamaan dengan RM 700 setahun untuk tempoh 14 hari maksimum ketika mendapat rawatan. Skim ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan, mengurangkan kos sara hidup dan usaha mensejahterakan rakyat.

Terkini Makluman 2024 :

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan skim MySalam sehingga tahun 2025 kerana mendapat sambutan daripada kalanagn B40 di seluruh negara.

Makluman 2023 :

Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa peluasan skim MySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat masa ini.

Bajet 2022 (SKIM mySALAM)

Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) layak secara automatik untuk menerima skim kesihatan ini. Perluasan Skim MySalam dalam menuntut kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak. Semakan kelayakan penerima boleh dibuat melalui semakan di laman web rasmi MySalam

Belanjawan 2021 (SKIM mySALAM)

Perluasan Skim MySalam yang menambah baik ke atas tuntutan kos perubatan seperti stent untuk jantung dan prostesis

SKIM mySALAM (Perluasan kepada bukan penerima BSH / M40)

Perluasan Skim MySalam yang kini dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat kepada bukan penerima BSH atau golongan M40 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Februari 2020

Teks Penuh Perluasan Skim mySalam

BELANJAWAN 2020 (SKIM mySALAM)

Skim mySalam turut dibentangkan ketika Belanjawan 2020 dengan penambahbaikan bermula 1 Januari 2020 iaitu:

  1. Perlindungan diperluas kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit polio dan terminal berbanding 36 penyakit
  2. Had kelayakan umur bagi individu dipertingkatkan kepada 65 tahun berbanding 55 tahun ketika ini.
  3. Individu yang berpendapatan kasar sehingga RM100,000 setahun atau (bukan golongan B40) akan menerima bayaran bagi penyakit kritikal sebanyak RM4,000 serta bayaran gantian pendapatan sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari hanya jika didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan

Ringkasan intipati Bajet 2020 Belanjawan Malaysia Semua Sektor

Pendaftaran/ Permohonan Skim MySalam Perlindungan Kesihatan Masyarakat Secara Online

Perlindungan di bawah skim Perlindungan Nasional B40 akan bermula pada 1 Januari 2019 namun pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan hanya beroperasi mulai 1 Mac 2019. Berikut dikongsikan panduan cara untuk membuat pendaftaran skim perlindungan nasional B40. Turut disertakan juga senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim ini:

Tarikh Rasmi Pendaftaran MySalam Penerima Bukan BSH

Mula : 11 Februari 2020

Tamat : 31 Mac 2020

Pendaftaran bagi individu M40 boleh dilakukan mulai tarikh di atas. Penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Kini tiada pendaftaran diperlukan, penerima yang layak boleh menyemak kelayakan di dalam portal rasmi MySalam

Cara Daftar Skim MySalam Penerima Bukan BSH

DAFTAR SKIM MYSALAM TAKAFUL PERLINDUNGAN KESIHATAN

Bagi penerima BSH individu bujang dan OKU, kelayakan akan dilihat pada proses pendaftaran BSH yang akan dimuktamadkan. Bagi penerima bukan BSH atau individu M40, pendaftaran boleh dibuat menerusi:

Tarikh Rasmi Pelaksanaan MySalam

Mula : 1 Mac 2019

Tamat : 31 Disember 2025

MySalam skim perlindungan kesihatan akan tamat bergantung kepada keboleh mampuan polisi yang dimulakan dengan permulaan dana RM 2 billion yang dijangkakan mampu bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun

Cara Daftar Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat MySalam

DAFTAR SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN MASYARAKAT

Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan dan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) sahaja layak mendapat inisiatif ini dan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Jenis-Jenis Bantuan MySalam Skim Perlindungan Kesihatan

Kumpulan sasaran skim ini adalah untuk golongan B40 berumur 18 hingga 55 tahun

  1. Bayaran maksimum RM 8,000 dalam tempoh yang ditetapkan dan akan diumumkan kemudian
  2. Bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari maksimum atau bersamaan dengan RM 700 setahun
    • Tuntutan boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang rasmi MySalam

Senarai Penyakit Yang Dilindungi Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat

Berikut adalah senarai 45 penyakit seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan:

Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh PulihAngioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis BakteriaTumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan SepenuhnyaPembedahan Otak
KanserKardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia KronikKoma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri KoronariKepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitisKegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-ParuAIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus FulminanSerangan Jantung
Pembedahan Injap JantungHIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggangKehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang PertuturanTrauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ SumPenyakit Neuron Motor
Sklerosis BerbilangDistrofi Otot
Kelumpuhan / ParaplegiaPenyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari PrimerPenyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
StrokPembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)Pelecuran Tahap Ketiga
Penyakit Sistik MedularPenyakit Terminal (Membawa Maut)
Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaanSindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan
Skleroderma ProgresifPoliomielitis
Elefantiasis (Penyakit Untut)Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai MySalam skim perlindungan kesihatan masyarakat:

Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA