Pemerkasaan pendidikan tinggi dalam negara kita kini menjadi agenda penting kerajaan. Pelbagai institut, universiti dan pusat pendidikan diwujudkan untuk menampung lambakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf. Setelah keputusan diumumkan pelajar harus merancang hala tuju pendidikan mereka kerana ia akan menentukan masa depan mereka.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia (BPKP JPT) telah menggariskan tarikh-tarikh penting untuk diambil perhatian oleh semua pelajar. Tarikh kemasukan dan semakan keputusan kemasukan ke Universiti Awam (UA) politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi 2021/2022 akan dipaparkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tarikh-tarikh ini amat penting kepada semua pemohon untuk diambil perhatian agar pemohon dapat mengikuti perkembangan permohonan bermula dari permohonan kemasukan serta erayuan sehinggalah mendapat tawaran.
Tarikh-Tarikh Penting UPU Online Sesi 2022-2023 Permohonan Semakan & Rayuan
Maklumat bagi sesi 2022-2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut dikongsikan jadual tentang tarikh penting UPU online yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar bagi memudahkan pemohon untuk membuat rujukan:
Tarikh Penting UPU Online Sesi 2022-2023
Tarikh | Perkara |
– | Pendaftaran Permohonan UPU Online dibuka |
– | Pendaftaran Permohonan UPU Online ditutup |
4 Feb 2022 | Permohonan UPU Online dibuka |
5 hari selepas keputusan STPM diumumkan | Pemilihan program pengajian oleh pemohon STPM, Asasi, Matrikulasi dan STAM |
– | |
– | |
31 Mac 2022 | Permohonan UPU SPM Online ditutup |
31 Mac 2022 | Permohonan UPU STPM/Setaraf Online ditutup |
9 Mei 2022 | Semakan panggilan temuduga lepasan SPM |
Mei – Jun 2022 | Temuduga dan Ujian lepasan SPM |
Julai 2022 | Hebahan keputusan kemasukan untuk lepasan SPM dan rayuan kemasukan ke UA dan politeknik premier dibuka |
– | Rayuan permohonan lepasan SPM ditutup |
26 Mei 2022 | Semakan panggilan Program Bukan Pendidikan dan panggilan ujian Medsi lepasan STPM setaraf |
1 – 12 Jun 2022 | Ujian Medsi diadakan |
1 – 28 Jun 2022 | Permohonan UPUOnline dibuka semula bagi calon yang belum pernah memohon |
– | Temuduga bukan pendidikan lepasan STPM setaraf |
26 Mei 2022 | Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf |
5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan | Kemaskini pilihan program berdasarkan keputusan sebenar lepasan SPM |
22 – 26 Ogos 2022 | Kemaskini pilihan program berdasarkan keputusan sebenar lepasan STPM/Setaraf (kecuali Diploma/Setaraf) |
– | Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf |
– | Hebahan kemasukan bagi rayuan lepasan SPM Hebahan kedua kemasukan bagi rayuan lepasan SPM |
– | Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka |
1 – 28 Jun 2022 | Kemaskini dokumen & permohonan baru (Diploma/STPM/ Setaraf) Dibuka |
– | Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup |
– | Kemaskini dokumen & permohonan baru (Diploma/STPM/ Setaraf) Ditutup |
September 2022 | Hebahan kemasukan bagi lepasan STPM dan setaraf dan permohonan rayuan kemasukan STPM dan setaraf |
– | Permohonan UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup |
– | Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1 |
– | Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2 |
Tarikh dari sumber Portal Rasmi UPU dan tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa