Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat Online

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah terutama golongan B40. Pada era ini, rakyat dilihat sukar untuk memiliki rumah sendiri terutama di bandar-bandar besar disebabkan oleh harga rumah yang melebihi kemampuan mereka. Oleh itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengambil langkah drastik dengan mewujudkan program PPR bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah.

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memenuhi keperluan tempat tinggal dengan mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah berpeluang untuk memiilikinya. Ia juga bertujuan untuk penempatan semula penduduk perumahan setinggan. Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk membuat permohonan program PPR ini. Kemudian permohonan akan ditapis bagi memastikan bantuan diterima oleh golongan yang disasarkan.

Kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM2500 sebulan anda digalakkan untuk menyertai program ini kerana ini merupakan bantuan daripada kerajaan bagi memastikan rakyat berpeluang untuk mempunyai rumah pada harga yang mampu milik. Dengan harga pasaran untuk sebuah rumah kini yang mencecah ratusan ribu ringgit program ini dapat membantu merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri.

Cara Membuat Permohonan Rumah PPR Online (Borang Program Perumahan Rakyat)

Bagi memudahkan mereka yang berminat untuk membuat permohonan program PPR, kini permohonannya boleh dibuat secara online untuk hanya beberapa negeri di Malaysia serta menerusi Portal TEDUH.

Untuk negeri yang tidak menawarkan permohonan secara online, permohonan hendaklah dibuat secara manual dengan menghadirikan diri ke pejabat Bahagian Perumahan negeri terlibat. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan syarat membuat permohonan sebagai rujukan semua:

Maklumat Permohonan Program PPR Online Setiap Negeri/ Pautan Borang

Permohonan boleh dibuat dengan melayari pautan di atas. Pautan di atas merupakan laman sesawang rasmi pihak berkuasa tempatan mengikut negeri. Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan

Perumahan PPR akan disewa dan juga dijual pada harga yang rendah atau mampu milik. Untuk rumah PPR yang disewa akan disewakan pada kadar RM 124.00 sebulan dan akan disasarkan pada golongan yang berpendapatan rendah. Manakala rumah PPR yang dijual (dimiliki) akan dijual pada harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit. Namun buat masa ini rumah PPR (dimiliki) hanya dilaksanakan di Pahang

Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing

Permohonan Rumah PPR Melalui Portal TEDUH

Portal TEDUH merupakan saluran portal informasi mengenai projek perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SRPN) pula adalah modul dalam portal TEDUH yang berfungsi sebagai platform untuk orang ramai mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN)

  1. Tekan pilihan daftar akaun
  2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Tekan butang Daftar
  3. Semak emel yang telah didaftarkan lalu klik pautan yang diberi bagi pengaktifan akaun pengguna
  4. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ruangan ‘Kata Laluan’. Tekan butang simpan
  5. Masukkan no kad pengenalan serta kata laluan yang telah dicipta sebelum ini
  6. Tekan butang Log Masuk

Setelah log masuk ke sistem SPRN, pilih skim perumahan yang berminat dan layak untuk dimohon lalu lengkapkan permohonan

Pastikan Dokumen Sokongan dimuatnaik dalam bentuk PDF sahaja dan saiz tidak lebih 3MB

Setelah selesai mengisi permohonan, pastikan tanda pengesahan maklumat permohonan serta tekan butang ‘Sah & Hantar’

Permohonan yang telah dihantar akan dipaparkan dan pemohon boleh mengemaskini dengan tekan butang ‘Kemaskini Permohonan’

Panduan Lanjut Pengguna

Syarat Permohonan PPR

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
  3. Berumur 18 tahun ke atas
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program PPR

  1. Untuk kawasan bandar besar rumah PPR merupakan rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  2. Untuk kawasan pinggir bandar rumah PPR merupakan rumah teres
  3. Berkeluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  4. Dilengkapi 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  5. Mempunyai kemudahan asas seperti Dewan Komuniti, Surau, Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan dan rumah sampah

Pertanyaan

Sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diajukan, sila hubungi di alamat dan nombor telefon di bawah:

  • Pengarah
    Bahagian Pembangunan Perumahan
    Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya
    Tel: 03 – 8891 4356

Related : rumah negara, memenuhi keperluan tempat kediaman, keluasan tidak kurang, cara mohon, jenis rumah,