Keputusan Liga Super 2024 Jadual Carta Kedudukan Pasukan Terkini

Keputusan carta Liga Super 2024 jadual kedudukan pasukan terkini atau Liga Super Malaysia 2024 bagi musim terbaharu kini bermula dengan menyaksikan 14 pasukan berentap bagi menjulang trofi kejuaraan bola sepak yang berprestij ini.

Aksi bolasepak Malaysia musim 2024 akan berlangsung dari bulan Mei 2024 hingga April 2025. Perlawanan juga akan dilangsungkan sepanjang bulan Ramadan seperti musim-musim sebelum ini. Setiap pasukan akan menempuh sebanyak tiga perlawanan sepanjang bulan Ramadan.

Bagi negeri yang mempunyai dua venue atau pasukan, perlawanan akan dimainkan pada hari yang berlainan sekiranya pasukan-pasukan tersebut bermain sebagai pasukan tuan rumah setelah mengambil kira faktor logistik, kehadiran penonton dan juga keselamatan.

Sejarah Dan Format Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia (Malaysia Super League) merupakan liga pertandingan bola sepak utama di Malaysia. Ianya telah menggantikan Liga-M dan telah mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada Liga-M sebelumnya yang bermula semenjak 1982.

Sebleum ini, terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Liga Super akan mengandungi 12 Kelab seperti yang ditetapkan oleh MFL dan terdiri daripada 10 Kelab yang mendapat kedudukan 10 Kelab teratas Liga Super musim sebelumnya dan 2 Kelab berkedudukan pertama dan kedua teratas (Promotion) dari Liga Premier pada akhir musim sebelumnya (kecuali pasukan Reserve Team). Bagi edisi ke-30 ini, 14 pasukan akan bertanding dan Liga Premier digantikan dengan Liga simpanan yang diberi nama Piala MFL

Format pertandingan Liga Super dan Liga Premier akan dijalankan seperti berikut:-

  • a. Format liga 2 pusingan (timbal balik);
  • b. Kelab yang mendapat mata tertinggi selepas tamat semua Perlawanan akan dikira sebagai Juara; dan
  • c. Jika terdapat Kelab yang mendapat mata yang sama, penentuan Kelab teratas hendaklah mengikut peraturan Penentuan Kelab Teratas / Pemenang (Perkara 3.6 Manual Pertandingan MFL)

Dalam pertandingan peringkat liga atau kumpulan, penentuan Kelab teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut:

  • i. Kelab yang mendapat mata yang tertinggi, jika masih sama, ditentukan oleh;
  • ii. Kelab yang mempunyai perbezaan gol terbanyak, jika masih sama, ditentukan oleh;
  • iii. Kelab yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak, jika masih sama, ditentukan oleh;
  • iv. Jika terdapat dua (2) atau lebih Kelab mendapat mata yang sama, maka penentuan Kelab teratas hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut:-
    • a. Kelab yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di antara Kelab-Kelab terlibat (Head to Head), jika masih sama, ditentukan oleh;
    • b. Kelab yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak di antara Kelab-Kelab terlibat, jika masih sama, ditentukan oleh;
    • c. Kelab yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak di antara Kelab-Kelab terlibat, jika masih sama, ditentukan oleh
    • d. MFL, tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL, dimana keputusannya
      adalah MUKTAMAD

Pasukan JDT merupakan juara bertahan untuk sembilan tahun berturut-turut dan telah mewakili Malaysia dalam aksi tertinggi, Liga Juara-Juara Asia (Asian Champions League – ACL).

KEPUTUSAN CARTA KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER MALAYSIA 2024 DAN JADUAL

Di bawah merupakan paparan semua keputusan jadual perlawanan Liga Super serta kedudukan carta dan jadual terkini keputusan Liga Super Malaysia 2023 yang akan dikemaskini pada tarikh / hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung berdasarkan keputusan rasmi (Official Results) perlawanan. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Pemenang dalam Pertandingan Liga Super atau Piala FA atau mana-mana Kelab yang diputuskan oleh MFL tahun semasa adalah layak mewakili Malaysia ke pertandingan AFC Champions League / AFC CUP pada tahun hadapan dan tertakluk kepada pengesahan rasmi oleh AFC.

keputusan carta kedudukan liga super malaysia terkini

SENARAI PASUKAN LIGA SUPER MALAYSIA 2023

SelangorSabahKedah Darul Aman
JDTTerengganu FCPerak TBGPerak FC
Logo Kelantan United FCKelantan UnitedPahangKL City FC
Penangnegeri sembilan fcNegeri SembilanPDRM FAPDRM FC
Kelantan FAKelantan FCKuching FAKuching City FC

KEDUDUKAN CARTA LIGA SUPER MALAYSIA 2023 TERKINI

KEPUTUSAN & JADUAL PERLAWANAN (MSL) 2023 TERKINI

Info LainINFO LAIN

Kalendar Pertandingan Liga Malaysia

Klik LinkLaman Web Rasmi MFL

Related : malaysian football league, berturut turut, piala sumbangsih, saingan liga super, piala fa, johor darul ta zim jdt, 5 mac 2021, ogos 2021, kedah darul aman fc, juara bertahan, sukan olimpik, span data mce type bookmark style display inline block width 0px overflow hidden line height 0 class mce selres start span, secara langsung, bola sepak tanah air, united fc, penang fc, piala afc, sepanyol laliga copa del, pertandingan lain dengan nama liga super sila pilih sukan anda dari menu, sukan olimpik piala dunia, liga negara negara uefa, costa rica croatia cuba
b21 euro b19 piala, vietnam wales yaman zambia, a bulgaria burkina faso, kedudukan carta dan jadual penuh
terkini liga super, sila pilih sukan anda dari menu, maldives mali malta mauritania mauritius mesir mexico moldova mongolia montenegro mozambique myanmar namibia new zealand nicaragua niger nigeria norway oman pakistan palestin panama paraguay perancis ligue 1 peru poland,